Ultra Kalcer Tampilkan Kris Dayanti Minggu Ini
Penyanyi tersohor Indonesia, Kris Dayanti bakal menggegarkan pentas festival muzik berprestij, Ultra Kalcer Malaysia 2026 yang dijadualkan berlangsung di KL Festival Park pada 7 dan 8 November ini.
Festival anjuran Neptunes Presents itu bakal menghimpunkan 19 artis ternama dari Malaysia dan Indonesia, menyaksikan Kris Dayanti membuat kemunculan semula di pentas tempatan selepas kali terakhir menjayakan Konsert Cinta Nostalgia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada tahun lepas.
Kris Dayanti, 51, berkata peminat di Malaysia sentiasa memiliki tempat istimewa di hatinya dan beliau amat menghargai jemputan pihak penganjur untuk menjadi sebahagian daripada barisan penggiat seni festival terbabit.
“Hubungan saya yang sudah terjalin dengan peminat di Malaysia sejak sekian lama antara sebab utama saya teruja untuk kembali beraksi di pentas tempatan.
"Muzik adalah bahasa universal yang mampu menyatukan masyarakat tanpa mengenal batas negara, budaya mahupun generasi. Jadi, apabila berpeluang berkongsi pentas dalam festival yang menghimpunkan pemuzik dua negara serumpun, pastinya saya berbesar hati," katanya dalam satu kenyataan.
Penyanyi yang popular dengan lagu malar segar Menghitung Hari itu menambah, penglibatan berkenaan menjadi medan terbaik untuk terus mengeratkan pertalian muzik dan budaya antara Malaysia dan Indonesia.
Mengenai persiapan, pemenang dua pingat emas Kejohanan Kebangsaan Wushu Kungfu 2026 itu memberitahu fokus utamanya kini terarah kepada latihan vokal, stamina dan kecergasan fizikal demi memastikan persembahan bertenaga dapat disajikan kepada penonton.
"Saya akan memberikan persembahan terbaik dari segi vokal, penghayatan, tenaga mahupun interaksi. Selain aspek teknikal, susunan muzik dan pemilihan lagu juga disesuaikan dengan suasana festival yang dinamik dan meriah agar penonton berasa puas dan mencipta memori indah sepanjang acara," katanya.
Selain Kris Dayanti, edisi Ultra Kalcer Malaysia 2026 kali ini turut membariskan barisan artis popular kedua-dua negara antaranya Hindia, Pamungkas, Sal Priadi, Danilla, Barasuara, Naykilla, Biru Baru, Good Morning Everyone, Lomba Sihir, Rumah Sakit, Romantic Echoes & The Moonlight Knights, Okirama, Dukes, The Alif, Belia Benci Club, Citykops dan Rangkaian Fugo.
Peminat yang ingin menyaksikan festival muzik berkenaan masih boleh mendapatkan tiket kemasukan menerusi laman web rasmi www.bbo.events.com.