Konsert Sooka, Konsert Vaganza Gegar Idea Live Arena Disember Depan
Kalendar hiburan tanah air bakal dihangatkan dengan penganjuran dua konsert mega oleh Astro iaitu Konsert Sooka dan Konsert Vaganza yang dijadual berlangsung di Idea Live Arena, 3 Damansara, Disember ini.
Astro dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua konsert tersebut akan bermula pada 8 malam, masing-masing pada 5 dan 6 Disember depan, dengan penjualan tiket kini telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai.
Membuka tirai pada 5 Disember, Konsert Sooka bakal menampilkan gabungan persembahan bertenaga daripada artis dan kumpulan popular tempatan termasuk Bunkface, Kugiran Masdo, Insomniacks, The Lantis serta Kudrat Boys.
"Peminat boleh memilih tiket daripada enam kategori iaitu DISTORT pada harga RM128, ATTACK (RM188), MOSH (RM208), GIG (RM258), SOLO (RM288) dan RIFF (RM388), merangkumi pilihan tempat duduk serta ruang berdiri mengikut kategori masing-masing," menurut kenyataan itu.
Kehangatan pentas diteruskan keesokan harinya menerusi Konsert Vaganza pada 6 Disember yang menghimpunkan barisan bintang ternama tanah air termasuk Datuk Ziana Zain, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Mimi Fly, Tenxi, Odda, Ratu, Ammara dan ALPHA, selain penampilan Datuk Ramli MS serta kemunculan khas peserta Gegar Vaganza Fantasia.
Bagi Konsert Vaganza, sembilan kategori tiket ditawarkan bermula dengan GEMPAK (RM188), MANAGER (RM288), SUPERSTAR (RM388), MELETOP (RM488), IMPIAN (RM488), STAGE (RM588), KILAUAN (RM588), HIGH COUNCIL (RM688) sehingga kategori tertinggi iaitu GEGAR (RM788) yang turut menyediakan pengalaman istimewa Meet & Greet Soundcheck Experience.
Tiket bagi kedua-dua acara kini boleh dibeli secara dalam talian menerusi platform Ticketmelon di pautan https://www.ticketmelon.com/astro/konsert.