OnStage by MDAILY.
Concert News

Kisah Cinta Agung Kembali Bergema di Pentas PGL The Musical 2026 di JCPAC Hari Ini

Kisah Cinta Agung Kembali Bergema di Pentas PGL The Musical 2026 di JCPAC Hari Ini
Legenda cinta agung antara pahlawan Melaka dan puteri dari Pulau Jawa kembali dihidupkan dengan sentuhan baharu menerusi pementasan teater mega, Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical 2026, yang membuka tirai secara rasmi di The Grand Theatre, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC) hari ini. Pementasan arahan Puan Sri Tiara Jacquelina itu dijadualkan berlangsung sehingga 15 November depan, sekali gus mengubati kerinduan peminat teater tempatan selepas 18 tahun karya ikonik berkenaan mula dipentaskan. Kisah Cinta Agung Kembali Bergema di Pentas PGL The Musical 2026 di JCPAC Hari Ini Tiara berkata, keputusan untuk kembali mementaskan naskhah bersejarah itu hadir selepas disunting Penerbit Bersama, Melissa Teo dari JCPAC, selain dorongan untuk mempersembahkan karya agung berkenaan menerusi kaca mata dan visi baharu selaku bekas pemegang watak puteri itu sendiri. "Ketika saya menyatakan persetujuan, saya sedar ini bukan satu tugas yang mudah kerana kami perlu mencipta dan membina semula segala-galanya. "Namun, ini dilakukan mengikut visi saya yang tersendiri. Sebagai individu yang pernah memegang watak puteri itu, ada beberapa pembaharuan yang ingin saya bawakan, apatah lagi selepas 18 tahun dengan bantuan teknologi dan kemudahan teater canggih masa kini," katanya semasa sesi pratonton media dan raptai penuh pementasan berkenaan di sini, semalam. Kisah Cinta Agung Kembali Bergema di Pentas PGL The Musical 2026 di JCPAC Hari Ini Mengulas mengenai persiapan akhir, Tiara mendedahkan pihak produksi berdepan cabaran tersendiri apabila berjaya melengkapkan fasa latihan teknikal dalam tempoh singkat selama tiga hari sahaja, iaitu satu pencapaian luar biasa bagi pementasan berskala mega seumpama itu. "Tidak pernah dalam sejarah kami membuka sebuah pementasan sebesar PGL dalam tempoh sesingkat ini. Kebiasaannya produksi teater memerlukan sekurang-kurangnya lima hari, namun kami mempercayai proses kerja dan komitmen semua pihak termasuk barisan pemuzik orkestra serta tenaga teknikal," katanya. Kisah Cinta Agung Kembali Bergema di Pentas PGL The Musical 2026 di JCPAC Hari Ini PGL The Musical musim ini menyaksikan pembaharuan barisan pelakon utama dengan gandingan penyanyi Aisha Retno dan Mila Mohsin yang berkongsi peranan menghidupkan watak Gusti Puteri Retno Dumilah. Watak pahlawan Hang Tuah digalas oleh Aqasha, manakala Luqman Hafidz memegang watak Sultan Mahmud/Sultan Melaka, Yusof Hashim sebagai Gusti Adipati serta gandingan Mimi Fly dan Nadia Aqilah sebagai Bayan. Mengulas lanjut, Tiara turut melahirkan rasa terharu dan berterima kasih atas sokongan luar biasa media serta peminat seni teater tanah air, khususnya selepas tiket bagi pementasan berkenaan dilaporkan habis terjual dalam tempoh dua jam selepas dibuka. "Malam ini, barisan pelakon dan pemuzik bersedia sepenuhnya sebagai penyampai cerita dari lubuk hati mereka demi membawa kembali kisah cinta paling agung untuk dinikmati penonton," katanya.