for Revenge bawa 'Titik Sadrah' di Zepp KL Nov Ini
Kumpulan rock alternatif terkenal Indonesia, for Revenge, bakal membawa siri konsert jelajah ulang tahun ke-20 mereka, Titik Sadrah for Revenge Kuala Lumpur, ke Zepp Kuala Lumpur pada 15 November ini.
Konsert anjuran Neptunes Presents dengan kerjasama Antara Suara dan Sony Music itu menandakan persinggahan penting dalam siri jelajah antarabangsa kumpulan yang berasal dari Bandung itu, sekali gus meraikan perjalanan seni mereka merentasi sempadan dua dekad.
Jurucakap penganjur dari Neptunes Presents, Muhamad Hadi Johari berkata, kehadiran for Revenge ke Kuala Lumpur diharap dapat mengubat rindu peminat setia di Malaysia yang selama ini menyokong karya-karya mereka sejak era Fireworks dan Second Chance hinggalah ke album fenomena Perayaan Patah Hati Babak 1 dan Babak 2.
"Pentas Titik Sadrah di Kuala Lumpur bukan sekadar sebuah konsert, malah ia menjadi ruang pertemuan pelbagai cerita, muzik, dan salur emosi buat peminat yang membesar bersama lagu-lagu berjiwa besar kumpulan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Lebih menarik, persembahan di Kuala Lumpur itu turut dimeriahkan dengan kemunculan barisan artis undangan dari Indonesia bagi menyemarakkan lagi malam bersejarah tersebut, antaranya Cynantia Pratita, Dul Jaelani, Fiersa Besari, Rony Parulian, Sekumpulan Orang Gila, dan Tepe.
Ditubuhkan pada 2006, for Revenge dianggotai Boniex Noer selaku vokalis, Arief Ismail (gitar), Izha Muhammad (bass), dan Archims Pribadi (dram).
Kumpulan itu terkenal dengan kebolehan mengolah emosi kesedihan dan perpisahan menjadi sebuah karya universal yang dekat di hati pendengar.
Peminat di Malaysia yang ingin menyaksikan persembahan bertenaga ini secara langsung boleh mendapatkan maklumat lanjut serta tiket di laman web rasmi forrevenge.id.