Konsert D.R.A.S Sabtu Ini di Idea Live Arena, Janji Suasana Lebih Intim
Gabungan empat band ikonik Indonesia menerusi "Konsert Muzik D.R.A.S. in Kuala Lumpur 2026" yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini, 31 Oktober 2026, di Idea Live Arena, Kuala Lumpur, menjanjikan pengalaman persembahan yang lebih intim dan eksklusif buat para peminat.
Konsert penganjur bersama, KH Worldwide dan Star Planet itu menampilkan empat gergasi muzik seberang iaitu Dadali, Repvblik, Armada, dan Samsons, yang bakal berhimpun di atas satu pentas bagi mengimbau memori menerusi deretan lagu hits malar segar masing-masing.
"Ini bukan sekadar konsert biasa, tetapi satu perayaan muzik Indonesia yang bakal mencetak sejarah tersendiri. Pihak penganjur menjanjikan sebuah malam yang penuh dengan susunan program khas, kolaborasi dinamik di pentas, serta koreografi memukau demi memastikan peminat pulang dengan memori yang tidak akan dilupakan." kata wakil penganjur dalam satu kenyataan media.
Peminat bakal dihidangkan dengan alunan balada menyentuh hati daripada Dadali melalui lagu “Disaat Aku Mencintaimu” dan “Disaat Aku Tersakiti”, manakala Armada dijangka menggegarkan arena menerusi “Asal Kau Bahagia” dan “Pemilik Hati”.
Kemeriahan malam tersebut turut diserikan dengan kemunculan Repvblik menerusi “Sandiwara Cinta” dan “Aku Takut”, serta Samsons yang bakal mengubat kerinduan peminat dengan kekuatan vokal menerusi lagu berhantu seperti “Kenangan Terindah” dan “Naluri Lelaki”.
Sementara itu, pihak penganjur mengesahkan bahawa semua tiket yang dibeli sebelum ini kekal sah untuk tarikh baharu tersebut, dengan pemegang tiket diberikan penetapan tempat duduk automatik mengikut kategori asal tanpa memerlukan sebarang tindakan lanjut.
Bagi penonton yang tidak dapat hadir pada tarikh baharu berkenaan, urusan permohonan bayaran balik telah ditutup pada 13 Julai lalu, manakala jualan tiket bagi lokasi baharu ini telah dibuka sejak 15 Julai lepas menerusi platform www.ticket2u.com.my dan www.fantopia.io.
Maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini "Konsert Muzik D.R.A.S." boleh didapati menerusi laman web rasmi starplanet.com.my.