Rizky Febian Janjikan Konsep 'Diorama' di Zepp KL November Ini
Penyanyi dan pencipta lagu popular Indonesia, Rizky Febian, berikrar memberikan kelainan dengan mempertaruhkan konsep visual dan jalan cerita 'Diorama' menerusi konsert solonya di Zepp KL pada 29 November depan.
Rizky, 28, berkata kemunculan sempena konsert bertajuk “Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur” itu bukan sekadar persembahan nyanyian biasa, sebaliknya sebuah ruang intim untuk beliau berkongsi visualisasi perjalanan hidup dan seninya bersama peminat di Malaysia.
Menurut penyanyi lagu popular Kesempurnaan Cinta itu, konsert kali ini disusun rapi dengan penceritaan khusus merangkumi fasa kehidupannya termasuk detik mengejar cinta isterinya, Mahalini Raharja, selain menampilkan kelainan dengan membawa kumpulan penari buat kali pertama di pentas Kuala Lumpur.
"Saya tidak mahu hanya datang dan menyanyi semata-mata. Saya mahu ada mesej serta kesan mendalam yang ditinggalkan kepada penonton. Konsep Diorama ini adalah imaginasi dalam fikiran saya yang diterjemahkan ke atas pentas melalui segmen-segmen tertentu, termasuk susunan muzik yang diperbaharui bagi hampir 20 buah lagu.
"Kuala Lumpur sentiasa istimewa buat saya dan sambutan peminat di sini sejak awal karier banyak membantu perjalanan seni saya.
Konsert ini menjadi medan untuk saya membalas sokongan setia peminat dengan sesuatu yang benar-benar dirancang teliti," katanya pada sidang media pengumuman konsert itu, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, wakil penganjur dari AM Entertainment, Raja Nadia berkata pemilihan Zepp KL sebagai lokasi acara dibuat khusus bagi mewujudkan suasana persembahan yang lebih dekat dan eksklusif antara penyanyi itu dan para peminat, selepas kira-kira tiga tahun tidak mengadakan konsert solo berskala sedemikian di Malaysia.
"Karya-karya Rizky sentiasa mendapat sambutan luar biasa dan menjadi siulan ramai di platform digital. Kali ini kita memilih ruang yang lebih intim agar kisah perjalanan hidup yang ingin disampaikan Rizky daripada fasa bujang hingga berumah tangga dapat dirasai secara langsung oleh penonton," katanya.
Bagi menambah impak persembahan berdurasi dua jam itu, Rizky turut mengundang rakan senegaranya yang juga penyanyi lagu hit Penjaga Hati, Nadhif Basalamah, sebagai artis jemputan istimewa untuk beraksi di pentas yang sama.
Konsert berkenaan dibawakan oleh Kumho International dan dianjurkan oleh AM Entertainment dengan kerjasama RSI Solusi Indonesia.
Tiket konsert kini mula dijual menerusi platform dalam talian di Ticket2U.com.my/RizkyFebian pada harga RM228 bagi kategori CAT 1 (Berdiri), RM248 bagi CAT 2 (Tempat Duduk Premium) dan RM238 bagi CAT 3 (Tempat Duduk Biasa).