OnStage by MDAILY.
Concert News

Exists 'Pulang' ke Johor, Gabung Tujuh Anggota Asal di Educity Sports Complex Januari Depan

Exists 'Pulang' ke Johor, Gabung Tujuh Anggota Asal di Educity Sports Complex Januari Depan
Kumpulan pop rock legenda tanah air, Exists, bakal kembali mengubat rindu peminat di negeri kelahiran mereka menerusi 'Konsert Exists Pulang Live In JB' yang dijadualkan berlangsung di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, pada 9 Jan depan. Konsert anjuran bersama Nusantara Live Entertainment dan Infinity Love Creative Ventures itu membawa simbolik kepulangan kumpulan berkenaan ke akar umbi mereka di Johor, tempat bermulanya kembara seni Exists sebelum mencatat pelbagai kejayaan sepanjang lebih tiga dekad mewarnai persada muzik tempatan. Exists 'Pulang' ke Johor, Gabung Tujuh Anggota Asal di Educity Sports Complex Januari Depan Penganjur dalam kenyataan memaklumkan konsert berskala besar itu bakal menghimpunkan tujuh anggota, menampilkan dua vokalis utamanya iaitu Mamat dan Ezad, diiringi Along dan Shah selaku pemain gitar, Musa (bass), Ujang (dram), serta Ajai (keyboard). "Gabungan ini akan membawa peminat menelusuri nostalgia menerusi rangkaian seleksi lagu daripada lapan album studio Exists, merangkumi pelbagai fasa perjalanan muzik mereka. "Kehadiran serentak Mamat dan Ezad di satu pentas turut menyuntik dinamik tersendiri memandangkan kedua-dua vokalis ini mewakili era kegemilangan berbeza dalam lipatan sejarah kumpulan tersebut," menurut kenyataan itu. Exists 'Pulang' ke Johor, Gabung Tujuh Anggota Asal di Educity Sports Complex Januari Depan Sepanjang persembahan berdurasi lebih dua jam itu, peminat bakal disajikan dengan deretan lagu malar segar yang pernah mencetuskan fenomena merentas generasi, antaranya Untukmu Ibu, Mengintai Dari Tirai Kamar, Jesnita, dan Langkah Seiringan. Penganjuran konsert ini merupakan kolaborasi kali kedua antara Nusantara Live Entertainment dan Infinity Love Creative Ventures susulan kejayaan konsert Wali Live In JB di venue sama pada awal Oktober, yang berjaya menghimpunkan kira-kira 14,000 penonton.