OnStage by MDAILY.
Concert News

Noh Salleh Kekal Jiwa 'French Pop' di Konsert Cadenza of the Soul

Noh Salleh Kekal Jiwa 'French Pop' di Konsert Cadenza of the Soul
Vokalis, pemuzik dan penggubah lagu, Noh Salleh, menyifatkan penganjuran konsert solo orkestra berskala besarnya, Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra, sebagai satu penghormatan tertinggi sepanjang dua dekad pembabitan dalam industri seni tanah air. Konsert yang dijadual berlangsung di Idea Live Arena di sini pada 8 Nov ini menyaksikan kolaborasi eksklusif antara Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, 41, bersama pengarah muzik tersohor tanah air, Aubrey Suwito. Noh Salleh Kekal Jiwa 'French Pop' di Konsert Cadenza of the Soul Noh berkata, pendekatan Aubrey yang menitikberatkan pemeliharaan karakter dan warna asal muziknya memberi keyakinan penuh untuk beliau melangkah ke pentas orkestra tanpa rasa gusar identiti seninya akan tenggelam. "Cadenza of the Soul adalah sebuah penghormatan tertinggi buat saya kerana Aubrey Suwito yang saya segani datang dan melahirkan idea ini kepada saya. "Aubrey beritahu beliau tidak mahu kehilangan sentuhan seperti konsert saya sebelum ini. Beliau masih mahukan Noh Salleh yang mempunyai elemen French pop, tetapi diadun dengan orkestra yang tidak mengganggu identiti asal saya," katanya ketika ditemui semasa sesi persiapan menjelang konsert berkenaan di sini baru-baru ini. Noh Salleh Kekal Jiwa 'French Pop' di Konsert Cadenza of the Soul Pelantun lagu Angin Kencang itu menjelaskan, susunan muzik gubahan Aubrey membuktikan bahawa peralihan ke skala persembahan orkestra yang megah tidak menuntut pemuzik untuk mengorbankan akar umbi muzik mereka, sebaliknya membuka dimensi artistik yang lebih matang dan berkelas. Mengulas perancangan masa depan, Noh mengakui berhasrat menjadikan konsert berkonsepkan orkestra sedemikian sebagai acara tahunan, meskipun menyedari cabaran besar dalam membawakan kelainan bagi setiap edisi. "Saya cuba untuk buat konsert ini menjadi sesuatu yang tahunan. Tetapi perjuangannya adalah untuk memastikan setiap tahun ada kelainan daripada tahun sebelumnya. Biasanya persembahan saya lebih bersifat akustik bersama kugiran, namun saya juga mempunyai sisi muzik yang lebih besar dan berkelas," ujarnya. Noh Salleh Kekal Jiwa 'French Pop' di Konsert Cadenza of the Soul Konsert anjuran bersama Altus Prohouse dan CK Star Entertainment itu bakal mempersembahkan kira-kira 21 buah lagu gubahan magis Aubrey Suwito serta menampilkan rakan duetnya menerusi lagu hit Sang Penikam, Aina Abdul, sebagai penyanyi jemputan. Selain Aina, Noh turut menzahirkan impian mendalam untuk berkongsi pentas bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, sebagai lambang penghargaan terhadap budi dan peluang yang pernah diberikan penyanyi tersohor berkenaan sepanjang kariernya. Tiket konsert Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra berharga antara RM188 hingga RM788 boleh didapati menerusi platform www.ticket2u.com.my atau www.fantopia.io.