Jason Mraz Bawa 8,000 Penonton Menggamit Memori
Penantian selama tujuh tahun peminat tempatan akhirnya terubat apabila seramai 8,000 penonton membanjiri Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam bagi menyaksikan kepulangan penyanyi dan komposer antarabangsa, Jason Mraz menerusi konsert Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur.
Konsert yang dipersembahkan oleh Prudential Malaysia dan dianjurkan Zues Event itu menampilkan 20 rangkaian lagu hit yang membawa penonton menyelami karya sarat mesej cinta, persahabatan serta pandangan positif terhadap kehidupan.
Membuka pentas menerusi lagu You and I Both, penyanyi kelahiran Amerika Syarikat itu memikat hati penonton dengan sapaan mesra, "Apa khabar, Malaysia? It's really good to be back," sebelum meneruskan persembahan bertenaga dengan Long Drive, Livin' in the Moment dan Let's See What the Night Might Do.
Tidak ketinggalan, Jason Mraz turut memperdengarkan seleksi karya malar segarnya termasuk Make It Mine, I Feel Like Sweating, Details in the Fabric, Remedy, 3 Things, Love Someone, Unfold, Best Friend, Beautiful Mess, Song for a Friend, 93 Million Miles serta Have It All.
Sikap rendah diri penyanyi itu turut mencuri tumpuan apabila beliau tidak kekok menuturkan ucapan "terima kasih" dalam bahasa Melayu sepanjang berinteraksi dengan penonton, yang disambut dengan sorakan gemuruh.
Mengulas mengenai hasil karyanya, Jason Mraz berkongsi bahawa kebanyakan lagunya diilhamkan daripada emosi cinta, refleksi minda serta pandangan hidup positif yang diterjemahkan menerusi identiti melodi dan penceritaan tersendiri.
Dari aspek teknikal, persembahan malam itu disokong sistem audio seimbang yang menonjolkan kejernihan vokal serta kehalusan petikan gitar penyanyi berkenaan bersama instrumen pengiring.
Detik kemuncak konsert tercetus apabila lagu berhantu I Won't Give Up bergema, menyaksikan ribuan peminat menyanyi serentak dalam suasana penuh syahdu, sebelum persembahan diteruskan dengan No Plans dan diakhiri menerusi lagu Yours.
Sementara itu, Pengarah Zues Event Sdn Bhd, Jeffery Chin menzahirkan penghargaan atas sambutan luar biasa daripada peminat serta kerjasama padu barisan penaja, rakan strategik, artis dan krew produksi.
Beliau menyifatkan kejayaan konsert itu sebagai pembakar semangat buat pihaknya untuk membawakan lebih banyak penganjuran acara bertaraf antarabangsa pada masa hadapan.