Titik Sadrah For Revenge Pentas Terakhir Chimot
Titik Sadrah for Revenge Kuala Lumpur, konsert Tunggal 20 Tahun yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Ahad lepas menjadi pentas perpisahan penuh emosi buat pemain dram asal kumpulan emo-rock dari Indonesia itu, Archims Pribadi atau lebih dikenali sebagai Chimot.
Persembahan tersebut merupakan kemunculan terakhir Chimot di hadapan peminat di Malaysia selepas mengumumkan pengundurannya secara rasmi daripada kumpulan berkenaan susulan konsert di Bandung bulan lepas, bagi memberi tumpuan kepada keluarga serta faktor kecederaan kaki yang dialaminya.
Walaupun tidak beraksi dalam persembahan utama, suasana di Zepp Kuala Lumpur bertukar sebak apabila paparan video temu bual yang mengimbau perjalanan seni kumpulan itu ditayangkan sebelum Chimot muncul secara istimewa di atas pentas pada penghujung acara bagi menyapa peminat.
Dalam ucapannya, Chimot menzahirkan penghargaan mendalam kepada peminat di negara ini yang sentiasa menyokong perjalanan muzik kumpulan berkenaan sejak dua dekad lepas.
"Terima kasih banyak, kalian sudah hadir di sini. Sudah membuat impian mimpi saya terwujud. Tanpa kalian semua juga, kami bukan siapa-siapa, terima kasih banyak saya ucapkan," katanya.
Chimot turut memohon maaf kepada tiga lagi anggota kumpulan itu iaitu Boniex (Moch), Arief dan Izha atas keputusan berkenaan, namun yakin rakan seperjuangannya mampu meneruskan legasi yang telah yang telah dibina.
Konsert anjuran bersama Antara Suara, Sony Music Malaysia dan Neptunes Presents itu merupakan siri kedua sambutan ulang tahun ke-20 kumpulan berkenaan selepas Bandung pada 31 Okt lepas, sekali gus menandakan penampilan keempat mereka di ibu negara sejak kali pertama beraksi di sini pada 2024.
Malam yang dihadiri lebih 3000 peminat tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan barisan artis jemputan yang pernah bekerjasama dengan for Revenge termasuk Cynantia Pratita, Fiersa Besari, Dul Jaelani, Rony Parulian, Tepe serta kumpulan tempatan, Sekumpulan Orang Gila (SOG).
Dalam pada itu, anggota for Revenge turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada rakyat Malaysia berhubung situasi jerebu rentas sempadan yang melanda negara kebelakangan ini.