Selepas 10 tahun, Ella Bakal Persembah ‘Single’ Baharu di Konsert MTR: Sidang Penutup Dec Ini
Selepas hampir sedekad tidak muncul dengan karya baharu, Ratu Rock negara Ella mengumumkan bakal mempersembahkan single terbaharunya buat pertama kali secara langsung pada konsert Majlis Tertinggi Rockqueen (MTR) Ella: Sidang Penutup di Unifi Arena, Bukit Jalil di sini, pada 5 Dis ini.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin menerusi sesi siaran langsung di aplikasi TikTok baru-baru ini ketika berkongsi perkembangan terkini persiapan konsert berkenaan bersama pengikutnya.
Menurut Ella, lagu baharu yang bakal dirakamkan itu merupakan hasil ciptaan komposer tersohor Saari Amri manakala liriknya ditulis oleh Azam Dungun, yang sebelum ini pernah menghasilkan lirik lagu ikoniknya, Rama-Rama.
Beliau berkata judul lagu berkenaan masih dirahsiakan dan hanya akan diperdengarkan secara eksklusif kepada penonton yang hadir pada malam konsert tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan peminat selama ini.
“Lagu baharu ini memang hadiah buat semua penggemar, kawan dan sahabat yang sentiasa bersama Ella selama ini. Tajuknya masih dirahsiakan, tetapi apa yang istimewa, Ella akan bawakan lagu ini secara eksklusif pada 5 Disember nanti.
“Hanya mereka yang membeli tiket dan hadir ke konsert itu nanti berpeluang menjadi kumpulan pertama mendengarnya. Ella sudah tidak sabar untuk berkongsi semangat dan berjumpa anda semua,” katanya dalam sesi siaran langsung berkenaan.
Selain kemunculan karya baharu itu, persembahan yang bakal diiringi barisan pemuzik di bawah pimpinan Datuk Acis tersebut turut menampilkan rangkaian lagu Ella yang jarang dibawakan secara langsung, antaranya Menyanyilah La La La, Puisi Hamba, Bendera Damai, Kabus dan Sirna serta Puteri Kota.
Konsert anjuran Hitman Solutions dan Rockqueen itu juga bakal dimeriahkan dengan persembahan gandingan istimewa Ella bersama barisan artis jemputan iaitu Yuna, Datuk Ziana Zain dan Shima.
Tiket bagi menyaksikan konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Sidang Penutup boleh didapati menerusi laman sesawang www.hitmanlive.com.