Ara Johari Syukur 'Showcase Sedekad BersuAra' Dapat Sambutan
Penyanyi Ara Johari meluahkan rasa syukur apabila Showcase Ara Johari: Sedekad BersuAra bersempena ulang tahun ke-10 pembabitannya dalam industri seni mendapat sambutan luar biasa dengan kesemua tiket habis terjual.
Persembahan yang dihadiri lebih 500 penonton itu bukan sahaja menjadi detik bermakna buat Ara, malah membuktikan hasil kerja keras pasukan kecilnya sejak tahun lepas membuahkan hasil.
Berkongsi perjalanan di sebalik tabir penganjuran acara berkenaan, Ara berkata perancangan awal bermula selepas pengurusnya yang sudah dianggap seperti abang sendiri mencadangkan agar beliau mengadakan sebuah persembahan berskala besar bagi meraikan sedekad kerjaya seninya.
"Perancangan sudah dibuat sejak tahun lepas dan kami terus merangka pelbagai perkara sehinggalah pada Jun lalu apabila kami berjaya memuktamadkan lokasi penganjuran dan terus menggerakkan kerja-kerja persiapan.
"Pasukan saya sebenarnya tidak besar. Untuk apa yang penonton saksikan malam ini, tulang belakangnya hanya melibatkan tiga orang sahaja iaitu saya sendiri, pengurus dan seorang lagi menguruskan bahagian akaun. Walaupun penat, namun semuanya sangat berbaloi," katanya kepada media selepas tamat showcase itu, baru-baru ini.
Mengulas mengenai cabaran sepanjang sedekad bergelar anak seni, pelantun lagu Bunga itu mengakui beliau sentiasa mempersiapkan diri untuk terus kuat berdepan pelbagai ragam manusia, termasuk kritikan di belakang tabir.
Beliau turut berpegang kepada prinsip untuk tidak mudah berputus asa dalam berkarya meskipun ada perancangan yang tidak menjadi seperti diharapkan.
"Bagi saya, dunia muzik ini adalah satu pertaruhan. Jika lagu itu sedap dan pemasarannya menjadi, ia akan berjaya. Namun, jika sebaliknya, kita teruskan sahaja dengan perancangan dan lagu yang seterusnya. Apa yang penting, jangan pernah berhenti mencuba dan jangan mengalah," ujarnya.
Pada Showcase Sedekad BersuAra yang penuh bertenaga itu, Ara turut menghadiahkan kejutan kepada peminat menerusi nyanyian sebuah lagu baharu ciptaan Hael Husaini yang belum dilancarkan secara rasmi dan dijadualkan menemui pendengar tahun hadapan.
Selain itu, beliau turut berkongsi perancangan mengenai lagu kolaborasi versi saduran bersama seorang artis dari Indonesia yang bakal dilancarkan di platform penstriman digital tidak lama lagi.
Merakamkan penghargaan kepada peminat serta rakan media yang menjadi tulang belakang kerjayanya selama ini, Ara berharap kejayaan Showcase Sedekad BersuAra menjadi titik tolak untuk beliau merealisasikan impian menganjurkan konsert solo berskala besar yang mampu menghimpunkan sehingga 50,000 penonton pada masa akan datang.