OnStage by MDAILY.
Concert News

Konsert ‘Sembilu 2.0 The Last Reunion’ Gegar Stadium Merdeka Jan Depan

Konsert ‘Sembilu 2.0 The Last Reunion’ Gegar Stadium Merdeka Jan Depan
Stadium Merdeka di sini bakal menjadi saksi pertembungan nostalgia industri hiburan tanah air menerusi penganjuran konsert berskala mega, Sembilu 2.0 The Last Reunion Live in Concert, yang dijadual berlangsung pada 16 Jan 2027. Penganjur konsert, TJTM Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan penganjuran edisi kedua itu susulan kejayaan luar biasa konsert Sembilu pada Februari lepas, sekali gus mengembalikan fenomena filem ikonik berkenaan ke pentas hiburan tempatan. Konsert ‘Sembilu 2.0 The Last Reunion’ Gegar Stadium Merdeka Jan Depan Menurut kenyataan itu, konsert yang bermula pada pukul 8.30 malam tersebut bakal menggamit kenangan peminat terhadap tiga figura utama filem Sembilu iaitu Datuk Awie, Datuk Ziana Zain dan Erra Fazira, selain menampilkan skala produksi, konsep persembahan serta susunan muzik yang lebih gah berbanding edisi terdahulu. "Mengangkat tema The Last Reunion, setiap persembahan dirancang untuk menghidupkan kembali momen romantis, konflik serta persahabatan menerusi rangkaian lagu ikonik yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan filem Sembilu. "Penganjur turut mengekalkan elemen kejutan menerusi barisan artis terlibat yang identitinya masih dirahsiakan buat masa ini bagi mengekalkan keterujaan menjelang pengumuman rasmi kelak," menurut kenyataan itu hari ini. Konsert ‘Sembilu 2.0 The Last Reunion’ Gegar Stadium Merdeka Jan Depan Konsert tersebut diterajui pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail menerusi TJTM Entertainment, yang sebelum ini turut mengemudi penganjuran konsert Sembilu serta 40 Dekad Fauziah Latiff di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Jualan tiket rasmi bagi konsert berkenaan akan mula dibuka pada Jumaat ini (27 Nov) tepat pukul 12 tengah hari menerusi platform dalam talian di www.ilassotickets.com/sembilu2