OnStage by MDAILY.
Concert News

Simple Plan Ubat Rindu Peminat, Pierre Bouvier Turun ke Tempat Penonton

Simple Plan Ubat Rindu Peminat, Pierre Bouvier Turun ke Tempat Penonton
Kumpulan pop punk terkenal Kanada, Simple Plan mengubati kerinduan peminat tempatan menerusi konsert jelajah Simple Plan “Bigger Than You Think!” Tour – Malaysia yang berlangsung penuh bertenaga di IDEA Live Arena di sini, pada malam Sabtu lepas. Konsert anjuran RK Live Asia yang mencatatkan jualan tiket habis terjual itu menyaksikan ribuan peminat membanjiri arena berkenaan bagi menyaksikan kemunculan semula kumpulan yang dianggotai oleh Pierre Bouvier (vokal), Chuck Comeau (dram), Jeff Stinco (gitar utama) dan Sébastien Lefebvre (gitar irama) selepas tiga tahun tidak beraksi di Malaysia. Simple Plan Ubat Rindu Peminat, Pierre Bouvier Turun ke Tempat Penonton ​Suasana menjadi semakin gamat apabila Bouvier membuat kejutan dengan turun ke kawasan penonton untuk menyanyi bersama, sebelum tampil mempersembahkan alunan piano secara intim di sebuah pentas kecil yang disediakan di bahagian belakang lokasi acara. ​Menerusi ucapan ringkas di pentas, Pierre menzahirkan penghargaan atas sokongan padu peminat tempatan selain berjanji untuk kembali ke negara ini dalam tempoh yang lebih singkat. Simple Plan Ubat Rindu Peminat, Pierre Bouvier Turun ke Tempat Penonton ​"Malam ini saya hanya mahu katakan, kalian adalah penonton terbaik setakat ini. Kali terakhir kami datang ke Malaysia adalah tiga tahun lalu, dan kami berharap dapat kembali ke sini lagi sebelum tempoh tiga tahun," katanya disambut sorakan gemuruh penonton. ​Sepanjang konsert berlangsung, Simple Plan menghiburkan peminat dengan deretan lagu popular mereka termasuk I'd Do Anything, Shut Up!, Jet Lag, Addicted, Your Love Is a Lie, Welcome to My Life, Summer Paradise dan Untitled (How Could This Happen to Me?). Simple Plan Ubat Rindu Peminat, Pierre Bouvier Turun ke Tempat Penonton ​Kumpulan itu turut menyajikan segmen medley lagu hit mereka seperti Crazy, Perfect World, Save You dan This Song Saved My Life, selain menyanyikan rangkaian lagu saduran terkenal iaitu All Star, Sk8er Boi serta Mr. Brightside. Simple Plan Ubat Rindu Peminat, Pierre Bouvier Turun ke Tempat Penonton ​Konsert berkenaan melabuhkan tirainya menerusi segmen encore yang menampilkan dua lagu ikonik mereka, I'm Just a Kid yang turut menyaksikan kejutan apabila Pierre mengambil alih posisi bermain dram, sebelum menutup persembahan dengan lagu Perfect, sekali gus meninggalkan kenangan manis buat seluruh peminat yang hadir.