'Ngam Ho!' Spider Bawa Pulang Bisa ke Johor Januari Depan
Selepas lebih tiga dekad mengembara dan membina nama dalam industri muzik tanah air, kugiran legenda Spider bakal kembali menyengat tanah kelahiran mereka menerusi konsert berskala besar, Konsert Spider Sengat Selatan di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor pada 30 Jan 2027.
Dianjurkan oleh Icon Entertainment, konsert yang dijadual bermula pada 8.30 malam itu merupakan persembahan berskala besar pertama kumpulan yang dianggotai Tam, Iss, Pown dan Aie di negeri asal mereka sejak memulakan perjalanan seni pada 1996.
Pengasas Icon Entertainment Iman Tang berkata penganjuran konsert berkenaan bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya menyingkap perjalanan seni serta meraikan legasi 30 tahun Spider di tempat permulaan karier mereka.
"Di sinilah segalanya bermula. Di negeri inilah benih kecintaan Spider terhadap muzik disemai sebelum mereka berkembang menjadi antara kugiran dengan identiti tersendiri yang meninggalkan pengaruh dalam belantika muzik Malaysia.
"Sebab itu kami di Icon Entertainment berasa tiga dekad atau 30 tahun Spider mesti dirayakan di negeri kelahiran mereka. Ini momen yang sangat 'Ngam Ho'," katanya pada sidang media di Shook!, JW Marriott, semalam.
Sementara itu, vokalisnya Tam menyifatkan peluang beraksi dalam konsert berskala besar di Johor sebagai impian yang sekian lama dinantikan oleh kumpulan pemenang Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-12 dan Anugerah Juara Lagu (AJL) 2004 menerusi lagu Relaku Pujuk itu.
"Bumi Johor adalah saksi kepada mimpi-mimpi kami dan permulaan perjalanan kami. Maka di sini juga Spider mahu peminat khususnya di selatan tanah air memperoleh nikmat mendengarkan karya-karya kami yang telah hidup subur bersama mereka dimainkan secara langsung, sekali gus bersama merayakan tiga dekad Spider," ujarnya pada sidang media sama.
Kugiran yang mendapat bimbingan maestro muzik Datuk M. Nasir menerusi Luncai Emas itu bakal menghiburkan peminat lintas generasi dengan rangkaian lagu popular berteraskan genre ska dan pop rock seperti Aladin, Kacap Terlabik, Nazraku, Kasih Latifah dan Cinta Dewa Dewi yang antaranya mendapat sentuhan lirik Allahyarham Loloq.
Tiket konsert ditawarkan menerusi beberapa kategori dinamakan sempena daerah di Johor iaitu Pontian pada harga RM88, Mersing (RM128), Pasir Gudang (RM168), Batu Pahat (RM188), Kota Tinggi (RM258) dan Muar (RM288), selain kategori Johor Bahru berharga RM888 bagi tempat duduk sofa untuk dua orang.
Peminat boleh mendapatkan tiket menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/sengatspider bermula 3 petang pada 26 Nov 2026.