Evanescence Teruskan 'Pesta Emo' Selepas MCR
Bahang muzik rock dan nostalgia era 2000-an di ibu negara diteruskan menerusi konsert Evanescence Live in Kuala Lumpur 2026 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 28 Nov ini.
Penganjuran konsert itu menyusul selepas persembahan kumpulan My Chemical Romance (MCR) di Stadium Nasional, Bukit Jalil minggu lepas yang menghimpunkan hampir 130,000 peminat sepanjang dua malam.
Konsert anjuran Hello Universe itu menyaksikan vokalis utama, Amy Lee bersama Evanescence kembali menemui peminat di Malaysia selepas 14 tahun, sekali gus menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi tunggal mereka di Asia Tenggara bagi siri persembahan kali ini.
Acara berkenaan turut menampilkan penyanyi Poppy sebagai artis jemputan khas yang bakal membawakan sentuhan muzik alternatif dan metal generasi baharu ke pentas sama.
Mula mencetuskan fenomena global menerusi album Fallen pada 2003 sebelum merangkul dua trofi Anugerah Grammy pada 2004, kumpulan rock berunsur gothic itu dijangka mengubat kerinduan peminat dengan rangkaian lagu popular seperti Bring Me to Life, My Immortal dan Going Under.
Persembahan pada Sabtu ini dijangka mengimbau kenangan peminat yang membesar dengan karya kumpulan tersebut menerusi pengalaman konsert secara langsung sebelum tirai tahun 2026 melabuhkan tirainya.
Tiket masih berbaki bermula RM199 dan boleh didapati menerusi laman sesawang golive-asia.com.