OnStage by MDAILY.
Concert News

Tiket Muzikal Puteri Gunung Ledang Licin Dalam Tempoh Dua Jam

Tiket Muzikal Puteri Gunung Ledang Licin Dalam Tempoh Dua Jam
Pementasan semula teater muzikal ikonik tanah air, Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL), mencetuskan fenomena apabila kesemua tiket pementasan habis terjual dalam tempoh hanya dua jam selepas jualan dibuka kepada umum hari ini. Sambutan luar biasa itu menyaksikan lebih 22,000 peminat masih berada dalam senarai menunggu dalam talian setakat 10 malam tadi, sekali gus membuktikan permintaan tinggi penonton terhadap naskah karya tempatan itu selepas hampir dua dekad. Tiket Muzikal Puteri Gunung Ledang Licin Dalam Tempoh Dua Jam Pengarah dan pencipta bersama produksi berkenaan, Puan Sri Tiara Jacquelina berkata beliau amat terharu dan tidak menyangka karya yang pertama kali dipentaskan 20 tahun lalu itu masih mendapat tempat yang begitu istimewa di hati rakyat Malaysia. "Dua puluh tahun lalu, kami hanya mampu berharap PGL akan menjadi sesuatu yang dikenang. Malam ini, rakyat Malaysia mengingatkan kami bahawa mereka tidak pernah melupakannya. "Ini bukan sekadar cerita tentang PGL, tetapi satu petanda yang sangat menggalakkan untuk industri teater dan seni persembahan negara. Ia menunjukkan penonton kita dahagakan cerita dan bakat tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tiket Muzikal Puteri Gunung Ledang Licin Dalam Tempoh Dua Jam Mengulas mengenai ribuan peminat yang gagal mendapatkan tiket, Tiara memohon maaf atas keterbatasan tempat duduk selain membayangkan kemungkinan pementasan itu dibawa melangkaui musim ini, termasuk jelajah ke beberapa negeri lain. "Kepada semua yang menghabiskan malam menekan ‘refresh’, menunggu dalam barisan dan akhirnya masih tidak berjaya mendapatkan tiket, saya benar-benar minta maaf, dan pada masa yang sama amat terharu dan berterima kasih kerana anda begitu mahu bersama kami. Kami nampak anda. Kami dengar anda." "Sudah ada beberapa pihak mendekati kami dan perbincangan awal sedang dijalankan. Walaupun fokus mutlak kami sekarang adalah untuk musim ini, kami akan melihat dengan serius pelbagai kebarangkalian selepas ini," katanya. Tiket Muzikal Puteri Gunung Ledang Licin Dalam Tempoh Dua Jam Bagi pementasan musim baharu ini, Enfiniti memperkenalkan gabungan bakat baharu dan berpengalaman untuk memegang watak-watak ikonik. Peranan utama Gusti Puteri Retno Dumilah digalas oleh Aisha Retno bersama Mila Mohsin, manakala pelakon berpengalaman Aqasha memegang watak Hang Tuah. Pementasan ini turut diperkasa oleh penglibatan Yusof Hashim sebagai Gusti Adipati Handaya Ningrat, gandingan Mimi Fly dan Nadia Aqilah yang membawakan watak Bayan, serta Luqman Hafidz yang menggalas peranan sebagai Sultan Melaka. Pementasan semula PGL kali ini bakal menemui penonton di rumah baharunya, Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square bermula 31 Oktober hingga 15 November 2026.