OnStage by MDAILY.
Concert News

Tiket Grand Finale PGL 2026 Laris Dalam Lima Minit, Enfiniti Teroka Jelajah Seluruh Negara Tahun Depan

Tiket Grand Finale PGL 2026 Laris Dalam Lima Minit, Enfiniti Teroka Jelajah Seluruh Negara Tahun Depan
Demam Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL The Musical)  terus mencetuskan fenomena luar biasa dalam arena teater tanah air apabila tiket persembahan tambahan Grand Finale habis dijual dalam tempoh hanya lima minit pagi tadi, meninggalkan lebih 5,500 peminat masih beratur secara dalam talian. Pengasas dan Ketua Pencipta Impian Enfiniti, Puan Sri Tiara Jacquelina berkata sambutan luar biasa ini membuktikan kekuatan karya tempatan yang terus menyentuh hati pelbagai generasi penonton selepas dua dekad ia pertama kali dipentaskan. Tiket Grand Finale PGL 2026 Laris Dalam Lima Minit, Enfiniti Teroka Jelajah Seluruh Negara Tahun Depan "Saya sendiri hampir tidak percaya apabila mendapat berita tiket persembahan tambahan Grand Finale hampir habis terjual dalam masa lima minit sahaja, dengan ribuan lagi masih berusaha mendapatkan tempat. "Apa yang lebih menyentuh hati saya bukan sekadar angka jualan, tetapi limpahan kasih sayang yang kami terima daripada para penonton. Sokongan dan rasa bangga rakyat Malaysia terhadap sebuah kisah tempatan dihidupkan dalam produksi berskala besar ini sesuatu yang tidak ternilai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Tiket Grand Finale PGL 2026 Laris Dalam Lima Minit, Enfiniti Teroka Jelajah Seluruh Negara Tahun Depan Sambutan hangat ini menyusuli kejayaan kira-kira 23,000 tiket bagi musim asal Kuala Lumpur yang habis dijual dalam masa dua jam sebelum ini. Menjelang tirai terakhir pementasan di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC) pada 17 Nov ini, lebih 24,000 penonton dijangka telah menyaksikan muzikal ikonik berkenaan. Kejayaan karya epik yang mengangkat kisah legenda cinta antara Puteri Gunung Ledang dan pahlawan Hang Tuah itu turut merentasi sempadan apabila pementasannya di Esplanade – Theatres on the Bay, Singapura, mencatatkan jualan tiket yang hampir habis terjual sepenuhnya selepas 20 tahun mencatat sejarah sebagai muzikal Malaysia pertama dipentaskan di sana pada 2006. Tiket Grand Finale PGL 2026 Laris Dalam Lima Minit, Enfiniti Teroka Jelajah Seluruh Negara Tahun Depan Melihat kepada permintaan yang tinggi dan lambakan permohonan peminat di luar Lembah Klang, Enfiniti kini mula meneroka kemungkinan membawa PGL kembali ke Kuala Lumpur pada April 2027 serta merangka perbincangan bagi jelajah kebangsaan ke beberapa negeri lain. "Kami dengar suara peminat di luar Kuala Lumpur yang meminta supaya PGL dibawa ke negeri mereka. Enfiniti sedang meneroka kemungkinan ini agar pengalaman sama dapat dikongsi bersama penonton di seluruh negara tahun hadapan," jelas Tiara. Tiket Grand Finale PGL 2026 Laris Dalam Lima Minit, Enfiniti Teroka Jelajah Seluruh Negara Tahun Depan Pementasan PGL The Musical 2026 akan meneruskan siri persembahannya di JCPAC sehingga 17 Nov ini sebelum berlepas ke Singapura bagi pementasan seterusnya. Sebarang pengumuman rasmi mengenai perancangan masa depan akan diumumkan setelah dimuktamadkan.