OnStage by MDAILY.
Concert News

The F.O.I, SUAV, BigTones dan Bluestone Gegar RockHauz Vol. 2 Disember Ini

The F.O.I, SUAV, BigTones dan Bluestone Gegar RockHauz Vol. 2 Disember Ini
Empat kumpulan muzik rock tempatan iaitu The F.O.I, SUAV, BigTones dan Bluestone bakal menghangatkan pentas RockHauz Volume 2 yang akan berlangsung di Petai Belalang, di sini, pada 12 Disember ini. Penganjuran siri kedua gerakan muzik Rock N Roll itu bertujuan menghidupkan serta menyegarkan semula budaya muzik rock dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda yang dilihat semakin menjauhi genre berkenaan. The F.O.I, SUAV, BigTones dan Bluestone Gegar RockHauz Vol. 2 Disember Ini Menurut kenyataan penganjur, RockHauz diwujudkan sebagai sebuah komuniti dan platform utama bagi menghimpunkan bakat baharu serta kumpulan rock tempatan yang masih kurang mendapat pendedahan arus perdana. "Walaupun agak berat untuk diperkatakan, irama Rock N Roll itu sendiri sudah hampir pudar dalam kalangan anak muda di negara ini. "Oleh itu, RockHauz diwujudkan sebagai satu 'rumah' dan komuniti untuk menghimpunkan semula pemuzik serta peminat rock agar mereka tidak lagi berasa terasing daripada arus muzik semasa," menurut kenyataan itu. Inisiatif berkenaan juga menjadi ruang pertemuan buat peminat muzik rock yang selama ini membesar dengan pengaruh kumpulan legenda era 1970-an hingga 1990-an seperti Search, Wings, Barbarik, Lefthanded dan Cromok untuk terus menikmati karya baharu dengan identiti tersendiri. "Ini bukan sekadar penganjuran gig semata-mata, sebaliknya ia adalah titik pertemuan buat semua penggiat dan peminat muzik rock untuk berkumpul serta menyokong bakat tempatan yang masih berkarya," tambah kenyataan itu lagi. Menampilkan barisan pemuzik berbeza latar belakang genre, edisi kali ini menyaksikan penyertaan The F.O.I (Field of Innocence), kumpulan alternative rock dari Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 2017. The F.O.I, SUAV, BigTones dan Bluestone Gegar RockHauz Vol. 2 Disember Ini Dianggotai Mia, Emma, Ghazy, Sharil, Aifaa dan Mieza, kumpulan yang mendapat inspirasi daripada Evanescence dan Halestorm itu terkenal menerusi lagu asal seperti Tersisa, Bayang Terakhir, Last Night dan Chemical High. Turut memeriahkan acara ialah SUAV, trio pop rock yang dianggotai Akif Taqiuzaman, Arrif Salleh dan Tawfiq Salleh. The F.O.I, SUAV, BigTones dan Bluestone Gegar RockHauz Vol. 2 Disember Ini Membawa maksud Smooth and Sophisticated, kumpulan itu tampil dengan karya bernuansa emosi seperti Raja di Sini, Sunflower serta Raikan Kita yang turut dipilih sebagai runut bunyi filem Gantung: Musketeer Code. Pentas berkenaan juga bakal digegarkan oleh BigTones, kugiran dari Shah Alam yang ditubuhkan pada 2025 dengan mempertaruhkan irama rock era 1980-an yang diinspirasikan daripada kumpulan seperti Search, Mr. Big, Skid Row dan Def Leppard. The F.O.I, SUAV, BigTones dan Bluestone Gegar RockHauz Vol. 2 Disember Ini Kumpulan yang dianggotai Ibby, Pidut dan Amy itu juga dijadual melancarkan single terbaharu berjudul Pemuda AL-Bana. Melengkapkan barisan persembahan ialah Bluestone, kumpulan blues-rock dari Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 2022. The F.O.I, SUAV, BigTones dan Bluestone Gegar RockHauz Vol. 2 Disember Ini Kumpulan itu membawa sentuhan kontemporari menerusi susunan rif gitar bertenaga dan melodi berjiwa melalui lagu popular mereka seperti Takhta, Perempuan Durjana dan Satu. Tiket boleh didapati menerusi laman cloudjoi.com pada harga RM37 bagi kategori Early Bird, RM140 untuk pakej berkumpulan empat orang (Group of 4 - terhad) dan RM45 bagi pembelian di pintu masuk (Door).