OnStage by MDAILY.
Concert News

Teater 'Tok Ki' Singkap Perjuangan Pekebun Kecil September Ini di DBP

Teater 'Tok Ki' Singkap Perjuangan Pekebun Kecil September Ini di DBP
Sejarah awal industri getah negara serta jerih perih golongan perintis pekebun kecil luar bandar bakal dihidupkan semula menerusi pementasan teater bertajuk ‘Tok Ki’ di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermula 24 hingga 26 Sept ini. Pementasan itu mengangkat kisah benar Mohd Isa Pandak Mat Aris, seorang insan biasa yang berani mencuba membuka tanah ladang getah sendiri ketika berdepan pelbagai cemuhan masyarakat pada zamannya. Teater 'Tok Ki' Singkap Perjuangan Pekebun Kecil September Ini di DBP Pengarah merangkap pengolah skrip teater berkenaan, Amran Nasrudin berkata naskhah tersebut diilhamkan daripada karya asal “ISA” tulisan Sasterawan Negara Allahyarham Syed Alwi yang pernah diterbitkan sebagai drama televisyen pada era 1980-an. Beliau berkata hasrat untuk mengadaptasi kisah itu ke pentas teater sudah dipendam sejak 2005 lagi, di samping mengambil masa kira-kira sedekad menjalankan kajian bersama Arkib Negara Malaysia demi ketepatan fakta sejarah. "Penceritaan teater ini bermula pada era 1980-an ketika RISDA meraikan sambutan 100 tahun getah, sebelum membawa penonton melalui teknik imbas kembali ke era 1910 dan 1920-an sewaktu Tok Ki berusia 30-an. "Di situ digambarkan bagaimana beliau yang asalnya bekerja di estet membuat keputusan kembali ke kampung untuk memulakan penanaman getah sendiri bersama isterinya biarpun diperlekeh orang sekeliling," katanya pada sidang media teater berkenaan di Stor Teater DBP baru-baru ini. Teater 'Tok Ki' Singkap Perjuangan Pekebun Kecil September Ini di DBP Sementara itu, pelakon berpengalaman Fathil Dani yang diberi kepercayaan menggalas watak Tok Ki mengakui berdepan cabaran tersendiri bagi menjiwai watak perintis getah berkenaan, terutamanya dari sudut penguasaan dialek tempatan. "Antara cabaran utama adalah membawakan loghat daerah Kuala Kangsar, Perak. Namun saya berusaha memberikan yang terbaik dan berharap pementasan ini mendapat sokongan penonton, khususnya generasi muda untuk mengenali insan yang jarang dipaparkan dalam buku teks sekolah," katanya. Pementasan anjuran Persatuan dan Produksi Teater TOK KI (PEMEKAR) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ini turut dibintangi barisan pelakon berkaliber seperti Shahriza Mahmud, A. Syaz, Qistina Liew, Amran Nasrudin, Zayrul-Iqwan Rosli, Shasha Masella, Nabil Fiqrie, Shah Samurai, Kathan Raj, Wong Sheng Meng, Bobie Challoo, Azuin Aziz dan Jamaludin Husin, selain menampilkan pelakon cilik Zahraa’ Auni, Zakwan Aryan serta Zaira Alia. Orang ramai boleh menyaksikan pementasan teater 'Tok Ki' yang bermula pada 8.30 malam itu dengan pas masuk berharga RM20 melalui pautan https://tinyurl.com/tokki2026.