OnStage by MDAILY.
Concert News

Teater Muzikal 'Mansur & Liu' Arahan M. Nasir Pilih Aliff Aziz & Melinda Dadew Teraju Utama

Teater Muzikal 'Mansur & Liu' Arahan M. Nasir Pilih Aliff Aziz & Melinda Dadew Teraju Utama
Pementasan teater muzikal berskala besar, 'Mansur & Liu' arahan seniman legenda Datuk M. Nasir bakal menampilkan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz serta bakat baharu, Melinda Dadew sebagai teraju utama. Pementasan terbitan Roman Abadi dengan kerjasama Icon Entertainment itu dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 hingga 20 September ini. M. Nasir berkata pementasan berkenaan diinspirasikan daripada naskah sejarah Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mengisahkan hubungan diplomatik serta sejarah perhubungan antara Sultan Mansur Shah dari Kesultanan Melayu Melaka dan Puteri Hang Li Po (Liu) dari Dinasti Ming. Teater Muzikal 'Mansur & Liu' Arahan M. Nasir Pilih Aliff Aziz & Melinda Dadew Teraju Utama "Naskah ini bukan sekadar mengimbau kisah sejarah atau perhubungan dua insan, tetapi turut membawa mesej diplomasi, kedaulatan serta penyatuan dua tamadun besar yang membentuk warisan negara kita," katanya. Beliau berkata Aliff dipilih membawakan watak Sultan Mansur Shah berdasarkan keupayaan vokal dan bakat lakonannya, manakala Melinda yang memegang watak Puteri Liu bakal memberi kelainan menerusi persembahan sulungnya di pentas teater muzikal. Teater Muzikal 'Mansur & Liu' Arahan M. Nasir Pilih Aliff Aziz & Melinda Dadew Teraju Utama Selain dua watak utama itu, pementasan berkenaan turut dibintangi barisan pelakon dan penyanyi popular tanah air seperti Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama dan Anas Ridzuan. Bagi menghidupkan suasana era keemasan Melaka, M. Nasir yang turut bertindak sebagai komposer memuatkan lebih 30 lagu asli baharu yang menggabungkan elemen muzik tradisional Melayu dan gubahan orkestra moden. Teater Muzikal 'Mansur & Liu' Arahan M. Nasir Pilih Aliff Aziz & Melinda Dadew Teraju Utama Pementasan yang turut mendapat sentuhan Datin Marlia Musa selaku penerbit bersama itu dijangka menjadi antara pementasan teater muzikal terbesarnya di Istana Budaya bagi tahun ini. Tiket persembahan dijual pada harga bermula RM88 hingga RM408 dan boleh didapati secara dalam talian bermula 10 Ogos ini jam 3 petang.