PGL The Musical Kembali Selepas 20 Tahun, Tiket Mula Dijual 18 Ogos Ini
Selepas dua dekad memikat hati peminat teater tanah air, pementasan semula teater muzik legenda, Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL The Musical) bakal membuka tirainya dari 31 Oktober hingga 15 November 2026 di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square.
Produksi pembukaan terbaharu terbitan Enfiniti bersama JCPAC itu menjanjikan sebuah persembahan spektakular yang bakal menghimpunkan semula peminat asal dan memperkenalkan kisah legenda ini kepada generasi baharu.
Penerbit Eksekutif Bersama merangkap Pengarahnya, Puan Sri Tiara Jacquelina berkata, maklum balas dan keterujaan penonton di platform media sosial seperti Threads, Instagram dan TikTok menyentuh hatinya selepas lapan tahun Enfiniti tidak mementaskan sebarang teater muzik sejak OlaBola The Musical.
"Telefon kami hampir tidak berhenti berdering, dan kami sudah mula menerima pertanyaan daripada syarikat yang ingin menempah persembahan korporat. Kini, dengan latihan rasmi yang bermula pada 17 Ogos, keajaiban sebenar akan bermula," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pementasan versi 2026 ini menampilkan gandingan bintang berpengalaman dan bakat baharu, diterajui oleh Aisha Retno dan Mila Mohsin yang memegang watak utama sebagai Puteri Gunung Ledang, manakala pelakon Aqasha menggalas tanggungjawab sebagai Hang Tuah.
Barisan pelakon turut dibantu oleh Mimi Fly, Nadia Aqilah, Luqman Hafidz dan Yusof Hashim.
Bagi memastikan keaslian penceritaan, barisan pelakon telah menjalani Bengkel Imersi Budaya Jawa selama 10 hari intensif pada awal tahun ini bagi memperdalam pemahaman mengenai adat, tradisi dan watak yang dibawakan.
Jualan tiket secara eksklusif bagi keutamaan pemegang kad AFFIN dibuka selama 72 jam bermula 8 malam, 18 Ogos ini, sebelum jualan umum dibuka secara rasmi pada 21 Ogos.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai tiket di akaun media sosial rasmi @PGLTheMusical dan @EnfinitiMakesMagic.