Permintaan Luar Biasa, AM:PM Showcase Amir Masdi Jadi Dua Malam
Penyanyi Amir Masdi menambah satu lagi malam persembahan bagi konsert AM:PM Showcase di Zepp Kuala Lumpur menjadikan acara itu berlangsung selama dua hari iaitu pada 19 dan 20 Disember ini, susulan sambutan luar biasa peminat.
Penambahan slot pada 19 Disember itu dibuat selepas tiket bagi persembahan tarikh asal pada 20 Disember habis terjual.
Persembahan anjuran Ultimate Media dengan kerjasama Backstage Events serta sokongan Menara Network dan rakan strategik Nova Music itu bakal menyaksikan penyanyi berusia 30 tahun berkenaan mempersembahkan kira-kira 22 lagu hitnya selama dua jam.
Amir, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, berkata penganjuran malam kedua itu merealisasikan impiannya untuk meraikan perjalanan seni bersama peminat yang sentiasa menyokongnya sejak awal pembabitan dalam industri muzik.
“Saya selalu percaya setiap lagu ada kisahnya sendiri, dan setiap peminat juga ada cerita yang menghubungkan mereka dengan lagu-lagu tersebut. Sebab itu saya mahu AM:PM Showcase menjadi sebuah malam yang cukup istimewa.
“Kami sedang menyiapkan pelbagai elemen baharu supaya pengalaman pada malam itu benar-benar berbeza daripada persembahan yang pernah saya lakukan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah Projek Ultimate Media Ekmal Md Nor berkata keputusan membuka slot hari kedua dibuat bagi memenuhi permintaan tinggi peminat yang terlepas peluang mendapatkan tiket pada jualan terdahulu.
Beliau berkata Zepp Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi kerana menawarkan suasana lebih intim untuk interaksi secara langsung antara finalis Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) itu dengan penonton.
“Amir Masdi merupakan antara artis yang konsisten menghasilkan karya berkualiti dan memberikan persembahan bertenaga. Melalui AM:PM Showcase, setiap elemen daripada susunan muzik hingga visual disusun teliti bagi menampilkan sisi beliau yang lebih dekat dengan peminat,” katanya.
Tiket bagi malam tambahan itu mula dijual malam ini pada 9.30 malam menerusi platform Ilasso Tickets pada harga RM111 bagi kategori CAT 3 (Standing), RM218 (CAT 2), RM228 (Normal Seat), RM278 (CAT 1) dan RM350 (Premium Seat).
Turut ditawarkan ialah VIP Box pada harga RM6,500 sekotak yang boleh memuatkan seramai 10 penonton.