Muzza, Joy Victor Gegar PJPAC Dalam Konsert Symphonic Rock 3
Dua vokalis berkaliber tanah air, Muzza dan Joy Victor, bakal menggegarkan pentas Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJPAC), 1 Utama menerusi konsert Symphonic Rock 3: Where Rock and Orchestra Collide yang berlangsung selama tiga hari bermula esok.
Konsert edisi ketiga anjuran TUTAN Entertainment itu menggabungkan kehebatan vokal kedua-dua penyanyi berkenaan bersama iringan muzik orkestra penuh daripada TUTAN Festival Orchestra di bawah pimpinan Konduktor Laureate, Kevin Field.
Menerusi kenyataan penganjur, konsert yang dipentaskan di Teater Stage 1, PJPAC dari 13 hingga 15 Nov itu bukan sekadar persembahan lagu saduran, sebaliknya menawarkan susunan muzik orkestra baharu yang segar tanpa menghilangkan jiwa, sikap serta tenaga asal muzik rock.
Penonton bakal dihiburkan dengan rangkaian karya ikonik merentasi pelbagai era rock termasuk lagu popular daripada kumpulan legenda seperti Led Zeppelin, Prince, Linkin Park, AC/DC, Scorpions, Deep Purple, The Rolling Stones, The Killers, Green Day dan Arctic Monkeys, di samping segmen penghormatan khas buat muzik rock tempatan.
Antara lagu hit yang dijadualkan bergema dalam dimensi sinematik dan orkestra itu ialah Stairway to Heaven, Kashmir, Numb, Purple Rain, Wind of Change, Thunderstruck, Smoke on the Water, Mr. Brightside dan Do I Wanna Know?, selain gabungan istimewa (mash-up) lagu Call Me nyanyian Blondie bersama I Was Made for Lovin’ You daripada KISS.
Sementara itu, Field berkata pementasan berkenaan bertujuan memberi perspektif baharu kepada peminat terhadap lagu-lagu yang sudah sebati dalam jiwa mereka menerusi palet bunyi orkestra yang lebih luas.
“Symphonic Rock sentiasa membawa maksud lebih daripada sekadar menambah alunan instrumen bertali atau tiupan pada lagu rock. Dengan orkestra penuh, kita mempunyai palet bunyi yang sangat luas untuk diterokai, namun roh dan tenaga muzik rock itu tetap perlu dikekalkan,” katanya.
Tiket bagi menyaksikan konsert tersebut dijual pada harga antara RM120 hingga RM320 menerusi platform dalam talian OneTix.