'Mansur & Liu' Kini Dipentaskan di Istana Budaya Sehingga 20 September Ini
Pementasan teater muzikal berskala besar 'Mansur & Liu' yang mengisahkan hubungan sejarah dan diplomasi antara Kesultanan Melayu Melaka dengan Dinasti Ming kini mula menemui penonton di Panggung Sari, Istana Budaya hingga 20 Sept ini.
Karya terbitan Roman Abadi bersama Icon Entertainment itu menampilkan buat julung kalinya legenda muzik tanah air, Dato' M. Nasir bertindak sebagai sutradara sekali gus mengedit lebih 30 buah lagu dan skor muzik asli bagi memantapkan pementasan berkenaan.
Penerbitnya, Datin Marlia Musa berkata pementasan teater muzikal sulung arahan suaminya itu merupakan satu perjalanan emosional buat dirinya serta keluarga selepas mengambil cabaran menghasilkan sebuah persembahan berkualiti tinggi buat khalayak seni tanah air.
"Alhamdulillah, perjalanan ini amat emosional bagi saya dan keluarga. Pementasan ini diterajui anak saya, Suci Musalmah selaku produser yang bekerja keras menjayakannya, selain sokongan kawan-kawan serta rakan produser.
"Sebenarnya ini juga adalah inisiatif daripada Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan minat terhadap teater dan memberi saranan agar dianjurkan sebuah pementasan yang boleh ditonton serta dinikmati oleh semua lapisan masyarakat," katanya pada sidang media selepas Tayangan Media Teater Muzikal 'Mansur & Liu' di Istana Budaya, semalam.
Pementasan berkenaan menampilkan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang memegang watak sebagai Sultan Mansur Shah, manakala watak Puteri Liu dari Dinasti Ming digalas oleh Melinda Dadew.
Teater itu turut diperkuatkan dengan barisan pelakon terkemuka tanah air seperti Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama, Taqim Zaki, Brian Chan, Fadhli Masoot, Anas Ridzuan, Arena Wan dan Ruzana Ibrahim.
Mengulas mengenai kerjasama kreatif bersama M. Nasir, Marlia berseloroh bahawa ketelitian suaminya dalam pengarahan pentas memberikan cabaran tersendiri sepanjang proses penerbitan.
"Semua yang dapat dilihat di atas pentas adalah hasil kehendak beliau yang sentiasa mahukan hasil terbaik. Walaupun beliau kata pementasan ini dibuat untuk saya, tetapi saya rasakan teater ini diraikan khusus untuk anda semua," katanya.
Pementasan 'Mansur & Liu' yang turut menyokong aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 itu menawarkan tiket mengikut pelbagai kategori bermula pada harga RM88 hingga RM408 menerusi platform dalam talian Ticket2u.