Konsert 'Sobat Nakal' Satukan Padi Reborn, GIGI di Mega Star Arena Januari Depan
Dua kumpulan rock legenda Indonesia, Padi Reborn dan GIGI bakal mencipta sejarah tersendiri apabila digabungkan di atas satu pentas menerusi konsert berskala besar, Sobat Nakal Live In Malaysia 2027 di Mega Star Arena, di sini pada 30 Januari depan.
Konsert julung kali anjuran Belbis Sdn Bhd dan Beso Events Solution dengan kerjasama rakan strategik Larva Kreasimaji dari Jakarta itu disifatkan sebagai perayaan muzik merentas generasi bagi meraikan perjalanan seni kedua-dua kumpulan yang mencecah tiga dekad.
Wakil Belbis Sdn Bhd, Encik Fandy berkata pertembungan dua genre muzik berbeza—puitis daripada Padi Reborn dan energetik yang dibawakan oleh GIGI—menjadi daya penarik utama yang menjanjikan satu malam penuh nostalgia serta persembahan berkualiti tinggi buat para peminat di negara ini.
"Dengan reputasi, kemahiran gubahan muzik dan deretan karya malar segar sejak era 1990-an, kami mengambil inisiatif menggabungkan mereka di bawah satu bumbung agar komuniti 'Sobat Padi' dan 'Gigi Kita' dapat menikmati keunikan serta kepelbagaian muzik ini bersama-sama.
"Ini adalah sebuah momen langka yang mungkin tidak akan berulang dalam tempoh terdekat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, vokalis Padi Reborn, Fadly menyifatkan peluang berkongsi pentas dengan GIGI sebagai satu penghormatan besar memandangkan kumpulan berkenaan merupakan 'senior' yang telah membina pengaruh rock Indonesia merentasi sempadan Nusantara sejak sekian lama.
"Siapa yang sanggup menolak untuk beraksi sepentas dengan GIGI... Jadi dengan penuh rasa hormat dan bangga, Padi Reborn bersedia memainkan 'Harmony' bersama mereka," katanya.
Bagi vokalis GIGI, Armand Maulana pula, kolaborasi itu bukanlah satu bentuk persaingan, sebaliknya satu apresiasi seni yang menyatukan dua nuansa muzik yang berbeza dalam ekosistem yang sama.
"Meletakkan nama Sobat Nakal adalah satu langkah bijak kerana ia memberi keterikatan terus kepada peminat setia kami berdua untuk bersama-sama menyertai perayaan muzik ini," jelasnya.
Pada konsert berkenaan, peminat bakal disajikan dengan seleksi lagu-lagu hits Padi Reborn seperti Mahadewi, Menanti Sebuah Jawaban, Sobat, Kasih Tak Sampai dan Begitu Indah, selain karya malar segar GIGI termasuk Jomblo, Bisa Saja, Terbang, 11 Januari, Nirwana dan Nakal.
Tiket bagi konsert Sobat Nakal Live In Malaysia 2027 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Upper Tier dan Lower Tier dengan harga bermula serendah RM198 (Bronze / Nakal) hingga RM1,998 (VVIP Ticket Couple / Menanti Sebuah Jawaban).
Peminat boleh membuat tempahan tiket menerusi ejen jualan rasmi di www.ilassotickets.com/sobatnakal.