Konsert Lagu Wangi Dan Jalan Juicy Luicy di Zepp KL 16 Januari Depan
Kumpulan pop dan R&B popular dari Indonesia, Juicy Luicy, bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi Konsert Lagu Wangi Dan Jalan Juicy Luicy Live In Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Jan tahun depan.
Penganjur konsert, AM.entertainment dalam kenyataan hari ini memaklumkan persembahan itu akan mengetengahkan karya-karya bertemakan cinta, kerinduan serta perjalanan emosi manusia yang sinonim dengan identiti muzik kumpulan berkenaan.
Vokalis Juicy Luicy, Julian Kaisar, berkata kumpulan yang berasal dari Bandung itu sentiasa menghargai sokongan peminat di Malaysia sejak kemunculan pertama mereka di negara ini pada 2023.
"Setiap kali berpeluang membuat persembahan di Kuala Lumpur, kami sentiasa menerima sambutan yang cukup bermakna dan ia menjadi antara pengalaman yang kami nantikan.
"Menerusi konsert kali ini, kami ingin membawa sesuatu yang istimewa buat peminat, khususnya menerusi rangkaian lagu yang telah menemani perjalanan muzik kami selama ini. Kami berharap dapat berkongsi satu malam yang penuh kenangan bersama semua yang hadir," katanya.
Ditubuhkan pada 2010, kumpulan lima anggota itu turut dibarisi Denis Ligia (gitar elektrik dan akustik), Zamzam Y.M (saksafon dan gitar akustik), Bina Bagja (bes) serta Eggy Ramandha (dram).
Sepanjang pembabitan dalam industri seni, Juicy Luicy melahirkan pelbagai lagu hit yang meraih sambutan meluas antaranya Lantas, Tampar, Sialan, Tanpa Tergesa dan Lampu Kuning.
Tiket menyaksikan konsert itu ditawarkan pada harga RM148 (CAT 2), RM158 (CAT 4), RM168 (CAT 1), RM188 (CAT 3) dan RM300 bagi kategori VIP.
Jualan tiket dibuka kepada orang ramai bermula 6 Nov ini menerusi platform jualan rasmi di laman sesawang Ticket2U.