OnStage by MDAILY.
Concert News

'Kita Bikin Romantis' Maliq & D'Essentials Kembali Ke Malaysia Januari Depan

'Kita Bikin Romantis' Maliq & D'Essentials Kembali Ke Malaysia Januari Depan
Kumpulan muzik popular dari Indonesia, MALIQ & D'Essentials, bakal kembali menghiburkan peminat di Malaysia menerusi persembahan eksklusif SATU MALAM ROMANTIS @ KUALA LUMPUR: A Musical Experience with MALIQ & D’ESSENTIALS, di JIOSPACE pada 30 Jan tahun depan. Penganjur konsert, YOLO Malaysia, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa konsert istimewa itu bakal membawakan gabungan elemen muzik soul, jazz, funk dan pop yang menjadi identiti kumpulan berkenaan, selain mempersembahkan rangkaian lagu popular mereka termasuk Kita Bikin Romantis, Aduh dan Dia. 'Kita Bikin Romantis' Maliq & D'Essentials Kembali Ke Malaysia Januari Depan Wakil YOLO Asia, Ib Harun berkata penganjuran konsert tersebut berhasrat mencipta suasana intim yang meraikan elemen muzik, cinta dan kenangan bersama insan tersayang. "Kami percaya setiap kisah cinta ada lagunya yang tersendiri. Muzik mampu mengimbau kenangan dan merapatkan hubungan sesama kita. Menerusi Satu Malam Romantis, kami mahu semua orang berkongsi pengalaman ini dengan seseorang yang istimewa, sama ada pasangan, insan yang diminati (crush), sahabat baik ataupun seseorang yang ingin didekati semula," katanya dalam kenyataan tersebut. 'Kita Bikin Romantis' Maliq & D'Essentials Kembali Ke Malaysia Januari Depan Bagi peminat yang menginginkan pengalaman lebih dekat bersama kumpulan itu, pihak penganjur turut menyediakan kuota terhad pakej tambahan Soundcheck Experience + Meet & Greet pada harga RM198 seorang, yang merangkumi sesi menyaksikan raptai bunyi (soundcheck), sesi bergambar secara berkumpulan dan poster bertandatangan. 'Kita Bikin Romantis' Maliq & D'Essentials Kembali Ke Malaysia Januari Depan Tiket konsert ditawarkan pada harga RM298 (CAT 2), RM398 (CAT 1) dan RM498 (PREMIUM SEATS). Sesi pra-jualan tiket secara eksklusif akan dibuka bermula 11 Nov ini pada 11.00 pagi hingga 14 Nov, 11.59 malam menerusi pendaftaran awal di laman sesawang rasmi yoloasia.com, manakala jualan tiket untuk orang ramai akan dibuka bermula 16 Nov, jam 11.00 pagi.