'Johor tempat kami bermula' – Exists 'Pulang' Bertujuh Jan Depan
Selepas lebih tiga dekad mencipta nama dalam industri muzik tanah air, kumpulan legenda Exists bakal kembali ke negeri kelahiran mereka menerusi Konsert Exists Pulang Live In JB di EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor pada 9 Jan tahun depan.
Istimewanya, konsert anjuran Nusantara Live Entertainment dan Infinity Love Creative Ventures itu bakal menghimpunkan kesemua tujuh anggota kumpulan berkenaan iaitu Mamat dan Ezad selaku vokalis, Along dan Shah (gitar), Musa (bass), Ujang (dram) serta Ajai (keyboard).
Ajai berkata kepulangan ke Johor membawa nilai sentimental yang mendalam kerana negeri itu merupakan titik permulaan perjalanan seni mereka sebelum menempa kejayaan dalam industri muzik tempatan.
"Johor adalah tempat kami bermula. Di sinilah perjalanan Exists dibentuk, di sinilah kami belajar mengenal muzik dan mengejar impian.
"Apabila diberi peluang untuk kembali dan mengadakan sebuah konsert besar di negeri sendiri, perasaannya memang berbeza. Ini bukan sekadar tentang membuat persembahan, tetapi tentang pulang dan menghargai tempat yang membentuk siapa kami hari ini," katanya pada sidang media konsert berkenaan di Hotel Sheraton Kuala Lumpur di sini, semalam.
Sementara itu, Musa menyifatkan konsert berkenaan sebagai medan pertemuan merentas generasi bagi peminat yang membesar dengan karya-karya malar segar mereka seperti 'Untukmu Ibu', 'Julia', 'Jesnita', 'Bunga', 'Janji Padamu' dan 'Alasanmu'.
"Ada yang menyimpan kenangan zaman sekolah dan percintaan, malah ada yang kini sudah membawa anak-anak mereka mendengar lagu yang sama. Kami mahu peminat datang bukan sekadar untuk menonton konsert, tetapi merasai kembali kenangan yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka," katanya.
Dalam pada itu, wakil Nusantara Live Entertainment Muhammad Hafiz Abd Hamid dan Nur Liyana Abd Rahman berkata sebanyak 50 peratus tiket konsert berkenaan telah terjual setakat ini, sekali gus memperlihatkan keterujaan peminat tempatan.
Menurut mereka, penganjuran konsert itu merupakan kolaborasi kedua bersama Infinity Love Creative Ventures selepas kejayaan konsert Wali Live In JB pada 3 Okt lepas di lokasi sama yang berjaya menarik kehadiran kira-kira 14,000 penonton.
Tiket ditawarkan menerusi enam kategori iaitu Janji Padamu (CAT 4) pada harga RM98, Julia (CAT 3) RM138, Jesnita (GA) RM149, Bunga (CAT 2) RM168, Alasanmu (CAT 1) RM428 dan Untukmu Ibu (SUPERVIP) RM928 menerusi pautan https://myticket.asia/.