OnStage by MDAILY.
Concert News

Jelajah Album Insomniacks Labuh Tirai di KL

Jelajah Album Insomniacks Labuh Tirai di KL
Kumpulan pop rock popular tanah air, Insomniacks, melabuhkan tirai siri jelajah promosi album sulung mereka, KAMI INSOMNIACKS, dengan persembahan bertenaga di hadapan 1,800 peminat di ibu negara malam ini. Kejayaan penganjuran showcase berskala penuh yang menyaksikan kesemua tiket habis terjual itu sekali gus membuka lembaran baharu dalam perjalanan seni kumpulan berkenaan selepas siri persembahan terdahulu di Johor turut mencatat rekod 'sold out'. Jelajah Album Insomniacks Labuh Tirai di KL Insomniacks dalam satu kenyataan meluahkan rasa terharu dan bersyukur atas sokongan padu peminat setia mereka, Maniacks, yang hadir meraikan karya studio pertama mereka. "Lagu-lagu ini bermula sebagai sesuatu yang kami hasilkan bersama. Apabila berpeluang berkongsinya secara langsung dan melihat penonton menyanyi bersama, ia memberi makna yang sangat mendalam kepada kami. "Setiap persembahan mempunyai suasana tersendiri, namun apa yang paling kami hargai sepanjang siri jelajah ini adalah perjalanan dan peluang bertemu peminat di pelbagai lokasi," kata kumpulan itu. Jelajah Album Insomniacks Labuh Tirai di KL Konsert penutup berkenaan turut diserikan dengan kemunculan artis jemputan seperti Yonnyboii, Xone dan Irfan Haris yang memperhebatkan pentas menerusi seleksi 17 lagu hits termasuk Pulang, Reminisensi, Sempurna dan Teman. Jelajah Album Insomniacks Labuh Tirai di KL Selepas kejayaan melengkapkan siri jelajah album ini, Insomniacks dijangka meneruskan momentum kerjaya seni mereka ke peringkat lebih tinggi apabila dipilih menjadi artis pembuka persembahan bagi kumpulan pop rock antarabangsa popular, 5 Seconds of Summer.