OnStage by MDAILY.
Concert News

Hujan Tidak Halang Ribuan ‘Anak Kalcer’ Banjiri Ultra Kalcer Malaysia di KL Festival Park

Hujan Tidak Halang Ribuan ‘Anak Kalcer’ Banjiri Ultra Kalcer Malaysia di KL Festival Park
Cuaca hujan lebat yang membasahi sebahagian ibu kota langsung tidak melunturkan keghairahan peminat muzik nusantara apabila festival Ultra Kalcer Malaysia 2026 berjaya menghimpunkan ribuan pengunjung sepanjang dua hari penganjurannya di KL Festival Park, di sini. Festival anjuran Neptunes Presents yang berlangsung pada 7 dan 8 Nov itu menyaksikan komuniti pencinta muzik serumpun, yang sinonim dengan gelaran ‘anak kalcer’, sanggup berbasah kuyup berbekalkan baju hujan dan payung demi menyaksikan persembahan 19 artis serta kugiran dari Malaysia dan Indonesia. Hujan Tidak Halang Ribuan ‘Anak Kalcer’ Banjiri Ultra Kalcer Malaysia di KL Festival Park Biarpun tapak acara di kawasan terbuka itu mulai lecah berikutan hujan pada beberapa sesi persembahan, penonton kekal membanjiri ruang hadapan pentas utama sejak awal petang hingga larut malam pada kedua-dua hari berkenaan. Festival edisi sulung itu menampilkan kurasi muzik pelbagai genre termasuk aksi bertenaga diva pop Indonesia Kris Dayanti, selain deretan nama besar gelombang alternatif dan indie seperti Hindia, Pamungkas, Sal Priadi, Danilla, Barasuara, Lomba Sihir, Rumah Sakit, Biru Baru serta Good Morning Everyone. Tidak ketinggalan, pentas berkenaan turut digegarkan oleh barisan pemuzik tanah air menerusi persembahan mantap The Alif, Dukes, Okirama, Belia Benci Club, Citykops dan Rangkaian Fugo. Hujan Tidak Halang Ribuan ‘Anak Kalcer’ Banjiri Ultra Kalcer Malaysia di KL Festival Park Sementara itu, vokalis kugiran Romantic Echoes dari Indonesia, Jalfredo, menzahirkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa penonton tempatan yang disifatkannya sentiasa memberikan tenaga luar biasa setiap kali mereka beraksi di negara ini. "Bagi kami di Romantic Echoes, Malaysia sudah seperti rumah kedua dan sentiasa menjadi destinasi yang kami tunggu-tunggu setiap tahun. Perasaannya sentiasa teruja untuk kembali ke sini; bukan soal tempat atau acaranya, tetapi suasana sokongan di Malaysia. "Hari ini kami dapat beraksi di Ultra Kalcer, sebuah acara yang sangat hebat. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh barisan penganjur yang berusaha keras walaupun dalam keadaan hujan lebat, dan tentunya kepada semua yang menerima kami seadanya," katanya kepada media sejurus selesai persembahan pada hari kedua festival itu semalam. Hujan Tidak Halang Ribuan ‘Anak Kalcer’ Banjiri Ultra Kalcer Malaysia di KL Festival Park Mengulas mengenai sambutan penonton tempatan, Jalfredo berkata peminat di Malaysia tidak kekok menyanyi secara lantang, malah menghargai lagu-lagu trek sampingan (B-side) mereka seperti Paradiso Part 2 yang dijadikan pembakar semangat kugiran itu untuk terus berkarya dan menghasilkan album baharu tahun hadapan. Hujan Tidak Halang Ribuan ‘Anak Kalcer’ Banjiri Ultra Kalcer Malaysia di KL Festival Park Turut senada, penyanyi solo wanita Indonesia, Naykilla, menyifatkan perkembangan kelompok peminatnya di Malaysia berlaku dengan begitu pantas dan luar biasa. "Saya tidak akan berada di tahap ini tanpa sokongan kalian semua. Pertumbuhan peminat saya di Malaysia sangat 'gila', mereka sangat menyokong dan begitu padu. "Terima kasih kepada semua yang sentiasa menerima dan mencintai diri saya seadanya," kata Naykilla yang turut mendedahkan perancangan melancarkan album terbaharu menjelang Disember ini. Hujan Tidak Halang Ribuan ‘Anak Kalcer’ Banjiri Ultra Kalcer Malaysia di KL Festival Park Penganjuran acara berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berkat kawalan keselamatan teratur serta disiplin tinggi yang dipamerkan ribuan pengunjung sepanjang dua hari festival berlangsung. FOTO: Faez.