OnStage by MDAILY.
Concert News

Gegaran 16 Lagu Wings Hangatkan 'One Legendary Night' Sambutan 35 Tahun HRCKL

Gegaran 16 Lagu Wings Hangatkan 'One Legendary Night' Sambutan 35 Tahun HRCKL
Pentas ikonik Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (HRCKL) kembali bergema dengan aura muzik rock tanah air apabila kumpulan rock legenda, Wings, tampil memukau menerusi persembahan 16 lagu sempena showcasw istimewa Hard Rock Cafe Kuala Lumpur 35 Years: One Lagendary Night bagi meraikan ulang tahun ke-35 premis hiburan itu malam tadi. Kemunculan kumpulan yang diterajui Datuk Awie itu menjadi kemuncak acara penuh bertenaga yang bermula seawal 9 malam, diserikan bersama persembahan pembuka oleh bakat gitaris sensasi, Muzza & The Velvettones, disusuli kumpulan rock popular, Kristal. Gegaran 16 Lagu Wings Hangatkan 'One Legendary Night' Sambutan 35 Tahun HRCKL Wings yang mengambil alih pentas tepat jam 11.30 malam membuka tirai persembahan menerusi lagu berhantu Anugerah, sebelum terus membakar adrenalin penonton dengan seleksi karya malar segar antaranya Inspirasi Taming Sari, Sekeping Kertas Bermaruah, Bernafas Dalam Lumpur, Lipas Kudung dan Hutan Simpan. Gegaran 16 Lagu Wings Hangatkan 'One Legendary Night' Sambutan 35 Tahun HRCKL Suasana ruang HRCKL bertambah gamat apabila Wings menghadiahkan trek kejutan, Dipenjara Janji, sebelum menutup konsert sekitar jam 1 pagi menerusi dua lagu ikonik mereka, Sejati dan Biarkan Berlalu, yang dinyanyikan bersama secara serentak oleh para peminat tegar Sayap-Sayap Wings. Gegaran 16 Lagu Wings Hangatkan 'One Legendary Night' Sambutan 35 Tahun HRCKL Sebelum Wings memulakan persembahan, satu acara simbolik memotong kek sambutan ulang tahun ke-35 HRCKL telah disempurnakan oleh Tan Sri Syed Mohd Yusof Syed Nasir, atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Jojo, selaku pemilik rangkaian francais Hard Rock Cafe Kuala Lumpur dan Melaka. Beliau yang juga pemilik bersama beberapa rangkaian hotel ternama termasuk Concorde Hotel Kuala Lumpur dan Concorde Hotel Shah Alam, menzahirkan penghargaan atas sokongan peminat seni muzik yang setia bersama jenama tersebut sejak lebih tiga dekad lalu. Gegaran 16 Lagu Wings Hangatkan 'One Legendary Night' Sambutan 35 Tahun HRCKL Sementara itu, vokalis Wings, Datuk Awie, menzahirkan rasa syukur dan bangga atas kepercayaan berterusan pihak penganjur terhadap perjalanan seni mereka. Lebih bermakna, Awie turut menyumbangkan busana peribadinya bagi diabadikan sebagai sebahagian daripada koleksi memorabilia rasmi di rangkaian antarabangsa Hard Rock Cafe. Gegaran 16 Lagu Wings Hangatkan 'One Legendary Night' Sambutan 35 Tahun HRCKL "Saya ucapkan terima kasih kepada Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang mempercayai saya dari dulu sampai sekarang. Dalam masa yang sama, pihak Hard Rock meminta saya menyumbangkan pakaian untuk dijadikan memorabilia di Hard Rock KL. "Saya sangat terharu dan rasa bertuah terpilih untuk kali ini selepas Hard Rock Genting. Ini satu lagi kejayaan peribadi bertaraf antarabangsa dan satu kebanggaan buat saya yang telah menjadi anak seni di tanah air ini selama lebih 41 tahun," katanya. Gegaran 16 Lagu Wings Hangatkan 'One Legendary Night' Sambutan 35 Tahun HRCKL Showcase  yang berlangsung lebih empat jam itu membuktikan legasi muzik rock tempatan kekal relevan dan terus memahat kedudukan HRCKL sebagai salah satu mercu tanda persembahan langsung terunggul di ibu kota sejak dibuka pada 1991. FOTO: PAPADIN.