OnStage by MDAILY.
Concert News

Dua Malam, Dua Atmosfera: Konsert Sooka & Vaganza Himpun Ikon Muzik Tempatan

Dua Malam, Dua Atmosfera: Konsert Sooka & Vaganza Himpun Ikon Muzik Tempatan
Sempena sambutan ulang tahun ke-30 peneraju kandungan dan hiburan negara, Astro, peminat muzik tempatan bakal dihidangkan dengan dua malam persembahan berbeza menerusi penganjuran Konsert Sooka dan Konsert Vaganza pada 5 dan 6 Disember depan. Mengangkat tema One Stage, Three Decades, Endless Memories, kedua-dua konsert berskala besar itu akan berlangsung di Idea Live Arena, 3 Damansara, dengan menghimpunkan barisan artis pelbagai generasi daripada kugiran indie kegemaran Gen Z hinggalah kepada ikon tanah air. Dua Malam, Dua Atmosfera: Konsert Sooka & Vaganza Himpun Ikon Muzik Tempatan Penyelia Penerbit Eksekutif merangkap Pengarah Konsert Sooka & Konsert Vaganza, Shaharuddin Mokhtaruddin berkata, penganjuran konsert dwi-malam berkenaan dirangka khusus bagi memberikan dua pengalaman muzik yang berbeza kepada penonton, di samping menghubungkan peminat merentas generasi. "Menerusi penganjuran dua konsert ini, matlamat utama kami adalah untuk membawa dua atmosfera yang kontras namun saling melengkapi di atas satu pentas berskala besar. Konsert Sooka direka khas dengan tenaga anak muda dan muzik berkumpulan, manakala Konsert Vaganza pula menonjolkan kekuatan vokal serta legasi ikon muzik tanah air. "Kami mahu meraikan perjalanan tiga dekad Astro bukan sekadar menerusi nostalgia, tetapi dengan kualiti produksi, susunan muzik terbaik dan kolaborasi luar jangka yang jarang dapat disaksikan di tempat lain," katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran konsert berkenaan di Seri Pacific Hotel, di sini hari ini. Dua Malam, Dua Atmosfera: Konsert Sooka & Vaganza Himpun Ikon Muzik Tempatan Tirai konsert akan dibuka pada 5 Disember menerusi Konsert Sooka yang memfokuskan kepada muzik generasi masa kini, menampilkan persembahan bertenaga daripada Kugiran Masdo, Bunkface, Insomniacks, The Lantis serta penampilan istimewa Kudrat Boys. Vokalis kumpulan Bunkface, Sam, menyifatkan pembabitan mereka sebagai satu bentuk penghargaan terhadap stesen penyiaran itu yang menjadi titik tolak perjalanan karier seni mereka sejak dua dekad lalu. Dua Malam, Dua Atmosfera: Konsert Sooka & Vaganza Himpun Ikon Muzik Tempatan "Kugiran kami membesar bersama Astro, malah pentas komersial pertama Bunkface adalah menerusi program Blast Off pada 2005. Jadi, peluang beraksi pada konsert ini adalah sesuatu yang amat bermakna buat kami untuk memberikan yang terbaik kepada peminat," katanya. Dua Malam, Dua Atmosfera: Konsert Sooka & Vaganza Himpun Ikon Muzik Tempatan Sementara itu, Konsert Vaganza pada 6 Disember bakal menyajikan kelainan dengan gabungan vokal berkuasa serta gandingan eksklusif merentas generasi, termasuk duet penyanyi Datuk Ziana Zain bersama juara Big Stage Rocketfuel, Hussain. Berkongsi keterujaannya, Ziana berkata peluang beraksi bersama barisan artis muda dan susunan muzik segar di bawah pengarah muzik berpengalaman menjadi daya penarik utama penglibatannya. Dua Malam, Dua Atmosfera: Konsert Sooka & Vaganza Himpun Ikon Muzik Tempatan "Ini peluang terbaik untuk saya bersama-sama meraikan perjalanan 30 tahun Astro. Sebagai penyanyi, kita sentiasa menantikan susunan muzik yang mantap kerana dari situlah lahirnya persembahan bertenaga. "Saya juga sangat teruja dapat berkongsi pentas dengan bakat-bakat muda seperti Tengku Ratu, Amarra dan Odda. Walaupun mereka masih baharu dalam ruang tertentu, pengalaman beraksi di konsert berskala besar sebegini amat bernilai untuk masa depan mereka," katanya. Dua Malam, Dua Atmosfera: Konsert Sooka & Vaganza Himpun Ikon Muzik Tempatan Konsert Vaganza turut menampilkan persembahan istimewa Jaclyn Victor selain persembahan Tenxi dan Nadeera, serta elemen 'Girls Power' gandingan Mimi Fly bersama The Girls (Odda, Amarra dan Tengku Ratu), ALPHA dan ramai lagi di bawah Pengarah Muzik, Datuk Ramli MS. Tiket bagi kedua-dua konsert berkenaan kini boleh didapati secara dalam talian menerusi platform Ticketmelon di pautan https://www.ticketmelon.com/astro/konsert mengikut pelbagai kategori yang disediakan.