OnStage by MDAILY.
Concert News

D'MASIV Undang Noh Salleh, Aziz Harun Hujung Minggu Ini

D'MASIV Undang Noh Salleh, Aziz Harun Hujung Minggu Ini
Kumpulan pop popular Indonesia, D’MASIV, bakal menggegarkan pentas Mega Star Arena di sini menerusi konsert jelajah D’MASIV Asia Home Run pada 20 Nov ini dengan menampilkan dua penyanyi undangan, Noh Salleh dan Aziz Harun. Konsert anjuran Neptunes Presents bersama Antara Suara yang dijadual bermula pada jam 8 malam itu menyaksikan Kuala Lumpur menjadi destinasi keempat siri jelajah Asia kumpulan berkenaan selepas Taiwan, Hong Kong dan Singapura, sebelum melabuhkan tirainya di Jakarta, Indonesia. D'MASIV Undang Noh Salleh, Aziz Harun Hujung Minggu Ini Pengarah Projek Neptunes Presents Shamsir Firdaus Shariman berkata pemilihan Noh Salleh dari Malaysia dan Aziz Harun dari Brunei dibuat sendiri oleh pihak pengurusan D’MASIV bagi memberikan kelainan serta pengalaman muzik lebih bermakna kepada peminat. “Menerusi kolaborasi istimewa ini, vokalis D’MASIV, Rian Ekky Pradipta akan bergandingan dengan Noh Salleh untuk mempersembahkan lagu seperti Angin Kencang, Ingin Lekas Memelukmu Lagi dan Di Bawah Langit Yang Sama. “Rian juga bakal berduet bersama Aziz Harun menerusi lagu popular D’MASIV, Merindukanmu, khusus buat peminat yang hadir pada malam konsert berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan. D'MASIV Undang Noh Salleh, Aziz Harun Hujung Minggu Ini Menurut Shamsir Firdaus, D’MASIV menganggap Malaysia sebagai ‘rumah kedua’ dan tidak sabar untuk kembali mengubati kerinduan peminat setia mereka yang dikenali sebagai Masivers menerusi persembahan berdurasi kira-kira dua jam itu. Selain karya baharu, kumpulan yang ditubuhkan pada 2003 dan turut dianggotai Dwiki Aditya Marsall, Nurul Damar Ramadan, Rayyi Kurniawan Iskandar Dinata serta Wahyu Piadji itu bakal mempersembahkan rangkaian lagu hit termasuk Pergilah Kasih, Jangan Menyerah dan Cinta Ini Membunuhku. D'MASIV Undang Noh Salleh, Aziz Harun Hujung Minggu Ini Tiket konsert ditawarkan pada harga RM148 (Platinum), RM188 (Festival), RM298 (Ruby - Festival Seating) dan RM588 (Super VIP) menerusi laman web rasmi https://dmasivtour.com.