Cakra Khan, Ziana, Amy Search Bersatu di Pentas A Night Of Soul
Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan bakal berkongsi pentas bersama empat nama besar industri muzik tanah air iaitu Datuk Ziana Zain, Datuk Amy Search, Khai Bahar, Siti Nordiana dan Nabiha Aimi menerusi konsert A Night of Soul pada 12 Disember 2026.
Konsert anjuran bersama Starlika dan Astana Global yang bertemakan Satu Pentas, Lima Jiwa, Satu Pengalaman Muzik Istimewa itu dijadualkan berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC), The Mines.
Pihak penganjur pada sidang media di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur semalam memaklumkan persembahan berkenaan menghimpunkan lima penyanyi berkarakter dengan kekuatan vokal tersendiri bagi menyatukan warna muzik merentas generasi serta dua negara, Malaysia dan Indonesia.
Menurut penganjur, penganjuran konsert tersebut bertujuan meraikan keunikan seni setiap artis terlibat sekali gus memberi peluang kepada penonton menikmati persembahan penuh penghayatan dan emosi dalam satu malam.
"Daripada lantunan suara penuh jiwa Cakra Khan, keunggulan vokal Ziana, aura rock legenda Amy Search, sehinggalah kemerduan suara Khai Bahar dan Siti Nordiana, setiap artis bakal membawa identiti tersendiri di atas satu pentas," menurut pihak penganjur pada majlis itu.
Tiket bagi menyaksikan konsert berkenaan ditawarkan pada tujuh kategori harga iaitu Pearl (RM188), Gold (RM288), Ruby (RM388), Platinum (RM488), Diamond (RM588), VIP (RM688) dan VVIP (RM888).
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan tiket secara dalam talian menerusi laman sesawang www.ticketmelon.com.