OnStage by MDAILY.
Concert News

Aksi Bertenaga MCR Malam Pembuka, Gerard Way Hargai Kesabaran Peminat Malaysia

Aksi Bertenaga MCR Malam Pembuka, Gerard Way Hargai Kesabaran Peminat Malaysia
Kumpulan rock ikonik dari New Jersey, Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR) memukau seramai 62,000 penonton menerusi persembahan bertenaga pada malam pertama siri jelajah My Chemical Romance South East Asia 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Dianggotai Gerard Way selaku vokalis bersama Ray Toro (gitar utama), Mikey Way (bes), Frank Iero (gitar irama) dan Jarrod Alexander (dram), kumpulan itu menghangatkan suasana stadium dengan rangkaian lebih 25 lagu daripada album legenda mereka, The Black Parade, termasuk The End., Dead!, Famous Last Words Aksi Bertenaga MCR Malam Pembuka, Gerard Way Hargai Kesabaran Peminat Malaysia Suasana malam pertama konsert anjuran Hello Universe itu turut gamat dengan sorakan peminat apabila MCR menyampaikan lagu-lagu popular mereka yang lain seperti seperti I Don’t Love You, I’m Not Okay (I Promise), Welcome to the Black Parade, Teenagers dan Helena. Dalam pada itu, Gerard menzahirkan penghargaan atas kesabaran dan kesetiaan peminat di Malaysia yang sanggup menanti persembahan berkenaan selepas ia dijadualkan semula daripada tarikh asal. Aksi Bertenaga MCR Malam Pembuka, Gerard Way Hargai Kesabaran Peminat Malaysia "Saya tahu persembahan ini dijadualkan semula, tetapi terima kasih kerana hadir malam ini. Terima kasih kerana menunggu lama untuk kami," katanya ketika menyapa peminat di pentas. Sementara itu, Menteri Komunikasi Dato' Seri Ahmad Fahmi Fadzil yang turut hadir menyaksikan konsert berkenaan berkata penganjuran acara bertaraf antarabangsa itu merupakan antara penerima insentif Concerts and Events in Malaysia (CEMI) yang disediakan kerajaan. Aksi Bertenaga MCR Malam Pembuka, Gerard Way Hargai Kesabaran Peminat Malaysia Beliau berkata kehadiran penonton luar negara yang dianggarkan merangkumi 40 peratus daripada keseluruhan penonton pada malam pertama itu memberi limpahan ekonomi yang positif kepada sektor pelancongan tempatan, termasuk tempahan penginapan serta perkhidmatan sewaan kenderaan. "Walaupun konsert ini mengalami penangguhan sebelum ini, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. "Saya difahamkan hampir 140,000 tiket terjual secara keseluruhan bagi kedua-dua malam dan saya telah menyampaikan beberapa saranan kepada pihak penganjur untuk penambahbaikan persiapan malam kedua esok, selain menasihatkan penonton khususnya di kawasan berdiri (standing area) agar sentiasa menjaga keselamatan diri," katanya kepada media selepas konsert berkenaan. Aksi Bertenaga MCR Malam Pembuka, Gerard Way Hargai Kesabaran Peminat Malaysia Tirai konsert malam pertama itu dibuka oleh kumpulan rap rock tempatan, Pop Shuvit, sekali gus mengimbau nostalgia kemunculan sulung MCR di Malaysia pada 2007 yang turut menampilkan kumpulan berkenaan sebagai artis pembukaan, manakala konsert malam kedua dijadualkan berlangsung di lokasi sama malam ini.