OnStage by MDAILY.
Concert News

‘Ada Pengorbanan Orang Tak Lihat’ – Pengasas Hello Universe Sebak Konsert MCR Berjaya

‘Ada Pengorbanan Orang Tak Lihat’ – Pengasas Hello Universe Sebak Konsert MCR Berjaya
Di sebalik kemeriahan konsert My Chemical Romance (MCR) Live in Kuala Lumpur yang berjaya menghimpunkan lebih 120,000 penonton selama dua hari, pihak penganjur mendedahkan perjalanan merealisasikan penganjuran berskala mega itu menuntut pengorbanan besar yang tidak diketahui umum. Pengasas syarikat penganjur Hello Universe, Adam Ashraf, menerusi hantaran di aplikasi Threads meluahkan rasa syukur serta menyifatkan kejayaan membawa kembali kumpulan rock alternatif dari Amerika Syarikat itu ke Malaysia selepas penantian 19 tahun bukanlah satu laluan yang mudah. ‘Ada Pengorbanan Orang Tak Lihat’ – Pengasas Hello Universe Sebak Konsert MCR Berjaya "Ada pengorbanan yang orang tak lihat. Ada luka yang masih tersimpan. Terima kasih semua," katanya menerusi hantaran berkenaan yang turut disertakan gambar lautan penonton memenuhi TM Stadium Nasional. Konsert berdurasi hampir tiga jam itu menyaksikan kumpulan yang dianggotai Gerard Way, Ray Toro, Mikey Way dan Frank Iero memukau peminat dengan persembahan bertenaga berserta elemen teatrikal yang menjadi identiti mereka. ‘Ada Pengorbanan Orang Tak Lihat’ – Pengasas Hello Universe Sebak Konsert MCR Berjaya Sebelum ini, penganjuran konsert terbabit berdepan pelbagai cabaran serta spekulasi kononnya bakal dibatalkan susulan penundaan tarikh persembahan, selain dakwaan kononnya jualan tiket kurang mendapat sambutan. Bagaimanapun, pihak penganjur berjaya menepis khabar angin berkenaan apabila meneruskan acara seperti dirancang, malah terpaksa membuka jualan tiket tambahan bagi zon Tier 3 berikutan permintaan tinggi daripada peminat. ‘Ada Pengorbanan Orang Tak Lihat’ – Pengasas Hello Universe Sebak Konsert MCR Berjaya Perkongsian Adam di media sosial itu turut mendapat reaksi positif rata-rata peminat yang menzahirkan penghargaan atas usaha dan kesungguhan penganjur merealisasikan impian mereka menyaksikan kumpulan ikonik itu secara langsung di negara ini. Selain berterima kasih, sebahagian peminat turut menyifatkan kejayaan penganjuran konsert MCR itu sebagai bukti keupayaan penganjur tempatan mengendalikan persembahan artis bertaraf antarabangsa, serta menyuarakan harapan agar lebih ramai artis ternama dibawa ke Malaysia pada masa hadapan.