5SOS Ubat Rindu 11,000 Peminat, Hari Ke 2 Pada 4 Disember Ini
Penantian peminat selama hampir 10 tahun akhirnya terubat apabila kumpulan pop-rock antarabangsa dari Australia, 5 Seconds of Summer (5SOS), kembali menggegarkan ibu negara menerusi konsert jelajah dunia 5 Seconds of Summer: Everyone’s a Star! World Tour di Unifi Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Konsert anjuran SAH Entertainment itu berjaya menghimpunkan kira-kira 11,000 penonton yang hadir menyaksikan persembahan bertenaga empat anggota kumpulan berkenaan iaitu Luke Hemmings, Michael Clifford, Calum Hood dan Ashton Irwin.
Kemeriahan acara turut diserikan dengan persembahan pembuka tirai oleh kumpulan band tempatan, Insomniacks, yang berjaya mencuri tumpuan penonton sebelum 5SOS mengambil alih pentas.
"Kehadiran Insomniacks sebagai artis pembuka pentas pastinya memberikan pengalaman istimewa kepada peminat muzik tempatan, sekali gus menyerlahkan bakat kumpulan anak Malaysia di pentas konsert antarabangsa," menurut kenyataan penganjur SAH Entertainment.
Sepanjang konsert berlangsung, 5SOS membangkitkan nostalgia peminat menerusi deretan lagu popular mereka seperti Youngblood, Amnesia, She Looks So Perfect, Easier dan Ghost of You, selain mempersembahkan karya terbaharu daripada album studio keenam mereka, EVERYONE’S A STAR!.
Dalam perkembangan sama, SAH Entertainment memaklumkan kumpulan berkenaan bakal kembali ke Malaysia bagi menjayakan konsert hari kedua pada 4 Disember ini di lokasi sama, dengan Insomniacks sekali lagi tampil sebagai artis pembuka tirai.
"Kejayaan persembahan ini membuktikan bahawa Malaysia terus menjadi antara destinasi penting dalam kalendar jelajah artis antarabangsa, selain memperlihatkan sokongan luar biasa peminat tempatan terhadap industri muzik global," menurut kenyataan itu lagi.
Orang ramai yang terlepas menyaksikan konsert berkenaan boleh mendapatkan maklumat lanjut serta tiket bagi persembahan 4 Disember menerusi laman sesawang www.golive-asia.com.